Kerjasama
bilateral antara Tentera Darat Malaysia (TDM) dan Angkatan Tentera Kanada (ATK)
diperkukuhkan melalui latihan bilateral dengan kolaborasi bersama agensi awam
yang turut dijadikan sebagai Latihamal Pelan Tindakan Kecemasan dari pihak
Rapid Rail Sdn Bhd.
Latihan
ini merupakan latihan kali kedua yang menggunakan konsep yang sama iaitu
melaksanakan latihan di stesen MRT. Latihan sebelum ini telah dilaksanakan di
Stesen MRT Maluri pada tahun 2018 yang lalu.
Latihan
akhir Eksesais MANTIS Siri 8/2022 melibatkan pasukan Skuadron Ke-12 Rejimen
Askar Jurutera Diraja (12 Skn RAJD) bagi pelaksanaan Chemical Biological
Radiological Nuclear and Explosive (CBRNe) bersama Angkatan Tentera Kanada
(ATK).
Eksesais
bilateral ini turut juga disertai pasukan-pasukan Trup Tentera Darat (TD) iaitu
21 Grup Gerak Khas (21 GGK) dan pasukan perubatan Angkatan Tentera Malaysia
(ATM).
Konsep
eksesais ini adalah menjurus kepada Operasi Melawan Keganasan dalam situasi
ancaman CBRNe di Stesen Kereta api bawah tanah dan tempat letak kenderaan.
Selain
itu, eksesais ini turut melibatkan penyertaan dari Canadian Special Operation
Force Command (CANSOFCOM), Angkatan Tentera Kanada (ATK).
Latihan
akhir ini dilaksanakan bertujuan menguji tahap kesiapsiagaan staf MRT dengan
penglibatan pelbagai agensi awam seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan
Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan lain-lain agensi dalam menghadapi
sebarang insiden atau ancaman serta membantu mencapai Key Performance Indicator
(KPI) berkaitan Safety and Security.
Sumber FB Tentera Darat Malaysia
No comments:
Post a Comment