Tuesday 8 October 2024

POKOK PECUT KUDA

 
Pokok pecut kuda merupakan tumbuhan berbunga yang tumbuh renek secara semula jadi di kawasan terbuka. Pokok ini dikenali sebagai pokok pecut kuda kerana mempunyai bentuk bunga yang menyerupai “pecut” yang digunakan dalam kereta kuda.
 
Pecut kuda dikategorikan sebagai antidot (menghilangkan bisa dan racun). Bahagian yang digunakan untuk tujuan perubatan tradisional ialah akar. Akar direbus dan air rebusan daripada akar tumbuhan ini diminum bagi menawar bisa atau racun yang disebabkan oleh gigitan ular berbisa.
 
Tanaman pecut kuda dikenal di Filipina dengan nama kandikadilaan, sedangkan di China bernama yulongbian.
 
Daun pecut kuda berbentuk dan penampilan yang sedikit mirip daun mint, maka terkadang banyak orang yang tidak dapat membezakan antara kedua-duanya.
 
Pokok pecut kuda ini berasal dari benua Amerika. Tanaman pecut kuda mempunyai bentuk daun yang bergerigi di bahagian pinggirnya. Bunga pecut kuda berwarna ungu, serta boleh berbungga sepanjang tahun. 

No comments:

Post a Comment