Lipas biasanya mudah dijumpai di ruangan seperti rumah.
Kehadiran lipas pastinya membawa banyak kesan buruk kepada kesihatan kerana ia
meninggalkan najis-najis yang pastinya membuatkan rumah dan sesebuah premis
kotor.
Rasa
takut kepada lipas merupakan satu fobia yang dinamakan Katsaridaphobia.
Kelibatnya saja bagaikan ‘mimpi buruk’ bagi sesetengah orang yang takutkannya.
Walaubagaimanapun,
perasaan takut kepada lipas adalah satu masalah yang boleh diatasi. Perkara
paling asas untuk menghilangkan rasa takut lipas adalah ‘membuang’ perasaan
geli dan jijik melihatnya.
Anggap
sahaja lipas tidak mendatangkan bahaya dan tidak perlu menjauhkan daripadanya.
Malah,
tanam diri untuk mencari dan memburu lipas untuk dibunuh dengan apa cara
sekalipun seperti menggunakan penyembur serangga atau memukul dengan bahan
tertentu yang sesuai.
Setelah
lipas mati, kutip atau ambil bangkainya untuk dibuang.
Elok
didik anak tidak takutkan lipas. Tetapi, pastikan mereka tahu aspek kebersihan
setelah memegang lipas.
Dengan
cara itu, perasaan takut dan geli terhadap lipas boleh dijauhkan.
No comments:
Post a Comment