Friday 18 February 2022

STESEN KERETA API BUKAN MILIK KTMB

 
Pengguna kereta api yang tidak berpuas hati dengan keadaan atau kemudahan di stesen kereta api, tidak kira apa masalah, tentu sekali akan menyalahkan Kereta Api Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Maka, akan ada yang menyalurkan aduan kepada KTMB tentang masalah dan ketidakpuasan hati dengan keadaan tersebut.

Persoalannya, adakah tugas, contohnya membaiki tandas rosak di stesen kereta api menjadi tanggunjawab KTMB?

Jawapannya tidak. Stesen kereta api dimiliki dan diuruskan olah Suruhanjaya Aset Keretapi (RAC) yang terletak di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia.

Apa pula peranan KTMB? Peranan KTMB hanyalah melakukan operasi kereta api. Ia juga bertanggungjawab ke atas penyenggaraan gerabak dan lokomotif kereta api.

Jadi, sebarang masalah berkaitan dengan perkhidmatan kereta api hendaklah dirujuk kepada KTMB. Manakala hal berkaitan dengan stesen kereta api di bawah bidang kuasa RAC.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment