Manusia
berbeza dengan malaikat yang sepanjang hayat tidak pernah melakukan perbuatan
ingkar atau dosa terhadap Allah SWT. Malaikat sentiasa patuh apa yang disuruh
oleh Allah SWT. Malah, ada malaikat yang sepanjang masa melakukan ibadat kepada
Allah SWT tanpa tidur dan rehat.
Manakala
syaitan pula makhluk yang sepanjang masa melakukan durhaka kepada Allah SWT.
Perbuatan durhaka pertama syaitan yang diketuai iblis ialah apabila enggan
sujud kepada Nabi Adam. Sebelum itu, iblis termasuk hamba yang taat kepada
perintah Allah SWT.
Perkara
ini dijelaskan Allah SWT dalam firman yang bermaksud: "Dan dikala kami
berkata kepada para Malaikat: “Bersujudlah kamu kepada Adam maka sujudlah
mereka semua kecuali Ibilis ia tidak mahu sujud serta berlaku sombong dan jadilah
dia daripada orang yang kafir” ( Surah al-Baqarah, ayat 34)
Dalam
diri manusia terdapat akal dan nafsu yang mendorong melakukan kebaikan dan
keburukan. Kedua-dua sifat itu saling mempengaruhi antara satu sama lain. Akal
membimbing manusia melakukan kebaikan, sedangkan nafsu jahat membisikkan agar
berminat kepada keburukan.
Hal
demikian meletakkan manusia sebaik-baik kejadian, yakni mampu membuat pilihan
mana yang baik dan mana yang buruk. Allah SWT memberi peluang kepada manusia
untuk menghapus dosa melalui cara bertaubat.
Sabda
Rasulullah SAW dalam sebuah hadis bermaksud: “Semua anak Adam (manusia) banyak
melakukan kesalahan, dan sebaik-baik orang yang bersalah ialah orang yang
banyak bertaubat.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Bertaubat
bermaksud menyesali perbuatan mungkar dan kembali mengikut segala tuntutan
syarak. Taubat yang sebenar-benarnya akan membersihkan diri seperti tidak
pernah melakukan dosa yang berkenaan.
Namun, ini tidak bermakna manusia boleh melakukan dosa dan kemudian bertaubat secara
suka-suka. Taubat yang tidak ikhlas atau hanya di mulut saja tidak akan
diterima.
Allah
SWT sentiasa mengingatkan kepada manusia agar memohon taubat kepada-Nya.
Sesiapa pernah melakukan dosa tidak sepatutnya berputus asa untuk mendapat
keampunan daripada Allah SWT.
Firman-Nya
yang bermaksud: “Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hamba-Ku yang
melampau batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat),
janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah, kerana sesungguhnya Dialah
jua yang mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya Dialah jua yang Maha Pengampun
lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar, ayat 53).
No comments:
Post a Comment