Allah
mewajibkan puasa Ramadan kerana hikmahnya. Antaranya adalah bertujuan untuk
mengajar kita agar bersabar dan menahan nafsu makan. Selama 11 bulan kita telah
makan macam-macam sepanjang hari, maka pada bulan Ramadan, belajarlah bersabar
menahan godaan nafsu makan.
Ya....
orang berpuasa memang mampu menahan nafsu makan ketika saing hari atau ketika berpuasa.
Masalahnya, nafsu menggila melebihi hari-hari biasa apabila ketika berbuka.
Makanan
dibeli mahupun dibuat sendiri melebihi apa yang diperlukan. Memang tidak
mencapai matlamat sebenar diwajibkan berpuasa Ramadan.
Insaflah....
jangan orang bukan Islam mengajar kita tentang erti puasa. Cuba baca kenyataan
seorang bukan Islam di FB. Mohon jangan sentap.
MAAFLAH BUKAN
NAK CAMPUR TANGAN. CUMA DULU USTAZ CAKAP, BULAN PUASA NI ADALAH UNTUK MERASAI
APA YANG ORANG MISKIN RASAI. MENAHAN NAFSU. NI BILA BULAN PUASA KOS JADI LEBIH
PULAK. ASYIK DOK KOMPLIN HARGA YAHUDI KAT BAZAR RAMADAN. KAN BOLEH BUAT SENDIRI
JIKA RASA KAT BAZAR TU MAHAL.
Catatan: Bukan Islam ini ketika belajar dahulu pernah mengikuti kelas Pengajian Islam.
No comments:
Post a Comment