LATA PAPAN, BATU BALAI KUALA KRAI
Kawasan berbukit yang terdapat banyak
aliran sungai akan terdapat lata atau air terjun. Lata adalah kawasan air
terjun rendah atau jeram yang tegak.
Salah satu lata di Jajahan Kuala Krai ialah
Lata Papan. Lokasi Lata Papan di Kampung Bacah Salak, Mukim Batu Balai, Daerah
Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai.
Lata Papan terbentuk hasil laluan air Sungai
Durian. Kawasan ini sesuai dijadikan kawasan berkelah. Kawasannya catik dan teduh
yang sesuai untuk istirahat dan melakukan aktiviti santai. Sebabnya air tohor,
berpasir, pastu satu lagi tiada kepala air sini menurut orang setempat.
Tempat meletak kenderaan tiada masalah.
Kawasan yang luas di dalam ladang getah. Kawasan ini sedang dalam proses pembangunan
yang dilakukan oleh agensi dan pemimpin setempat.
Untuk panduan ke sana boleh dapatkan
melalui internet.
No comments:
Post a Comment