Friday 17 February 2023

BUAH TAMPUNIK RASA MANIS

 
Buah tampunik dipanggil juga buah cempunik termasuk buah hutan. Pokok tampunik juga dikenali dengan nama buah perian, buah purian, ataupun buah surian. Selain itu tampunik juga dikenali dengan nama pokok jias. 

Memandangkan buah tampunik digemari monyet, maka buah ini juga dikenali dengan nama nangka monyet.
 
Di dalam hutan terdapat pelbagai jenis buah-buahan hutan. Dahulu kita kita tidak kenal buah itu kalau tidak masuk hutan atau ada orang lain bawa buah itu keluar. Sekarang ini ramai orang berkongsi gambar macam-macam buah yang jarang kita lihat.
 
Buah tampunik termasuk dalam keluarga nangka. Buah tampunik berbeza dengan buah tarap yang popular di Sabah. Buah tarap atau terap isinya berwarna putih, tetapi buah tampunik berwarna oren. Isi buah terap banyak dalam satu biji, tetapi buah tampunik bilangan ulasnya sedikit.
 
Buah tampunik berbentuk bulat sedikit lonjong. Ketika muda buah tampunik dapat disayur. Ketika matang, buah berwarna kuning emas, rasa manis, dan berbau sangat harum.
 
Tampunik merupakan tanaman berbentuk pohon dengan ketinggian dapat mencapai 40 meter dengan keliling batang sebesar pelukan dua orang dewasa. Pokok tampunik hanya berbuah setahun sekali pada akhir musim hujan.

No comments:

Post a Comment