Alpaca merupakan haiwan berasal dari
Amerika Selatan sering disalah anggap sebagai llama hanya kerana mereka
daripada keluarga Lamoid yang sama. Namun kedua-dua haiwan ini berbeza dan
antara perbezaan ketaranya adalah saiz alpaca adalah lebih kecil berbanding
Llama.
Buat pencinta haiwan mahupun sesiapa yang
sedang mencari tempat riadah untuk dikunjungi seisi keluarga pada masa lapang,
anda boleh singgah ke Kelab Alpaca terletak di Jalan Cinta Mata, Kampung
Mesilou, Kundasang, daerah Ranau di Sabah.
Kelab Alpaca ini amat sesuai terutama buat
keluarga, kerana terdapat juga tempat penginapan yang tersedia di sana. Kelab
Alpaca ini terletak kira-kira 200 meter dari jalan utama.
Dibuka bermula dari jam 9 pagi hingga 4
petang untuk para pengunjung, terdapat slot masa lawatan yang telah ditetapkan
iaitu selama 20 minit. Para pengunjung akan diberikan penerangan tentang
alpaca, cara membelai mereka, memberi makan dan bergambar sebagai
kenang-kenangan.
Amat sesuai dijadikan destinasi istirahat
bersama keluarga. Terdapat penginapan untuk disewa kepada pengunjunga yang
ingin bermalam atau tinggal lebih lama. Pemandangan yang amat menarik dan cuaca
dingin di Kundasang.
No comments:
Post a Comment