Thursday 30 March 2023

JENIS SELUAR DALAM LELAKI

 
Lelaki biasanya memakai pakaian dalam selain seluar utama di luar. Jarang sangat lelaki tidak memakai pakaian dalam. Pakaian dalam itu biasanya sama ada jenis “briefs” atau “boxer”.

Seluar dalam merujuk kepada pakaian dalam yang menutupi bahagian alat kelamin yang dipakai di bahagian dalam seluar.

Briefs ialah jenis seluar dalam paling asas yang menutupi kawasan cawat seluar yakni pangkal paha serta menutupi alat kelamin lelaki. Seluar dalam jenis ini lazim menyokong keseluruhan alat sulit dalam keadaan selesa memudahkan pergerakan aktif, terutama semasa bersukan di mana seluar dalam jenis lain cenderung melondeh naik sehingga menyusahkan pemakai.

Boxer pendek atau boxers adalah seluar dalam yang mempunyai kaki longgar bagi memudahkan pergerakan kaki. Jenis seluar dalam ini dinamakan sedemikian kerana ia menyerupai seluar dipakai petinju yang dalam bahasa Inggeris dipanggil boxer.

Boxer briefs atau trunks ialah sejenis pakaian dalam lelaki yang direka dengan kaki lebih memanjang daripada seluar dalam jenis briefs (yakni seakan jenis boxer shorts, namun muat-muat pada bahagian cawat dari pinggang sehingga paha sepertimana seluar dalam jenis seluar briefs.

Seluar dalam jenis ini biasanya tidak mempunyai pita elastik yang ketat di sekeliling kakinya tetapi lebih bergantung kepada keanjalan keseluruhan kain sebagai sokongan maka kawasan bukaan kaki seluar lebih selesa. Seluar dalam jenis ini juga pelbagai reka bentuk depannya sama ada tertutup, berbutang, berkantung atau berselit.  

No comments:

Post a Comment