Badan Kebajikan Keluarga Angkatan Tentera (BAKAT)
Briged Kelapan Infantri (8 Briged) telah melaksanakan Mesyuarat Agung Tahunan
BAKAT 8 Briged pada 20 April 2024 bertempat di Bilik Mesyuarat Markas 8 Briged,
Kem Pengkalan Chepa.
Mesyuarat ini telah dirasmikan oleh
Brigedier Jeneral Muzamil Ali, Panglima 8 Briged selaku Penaung BAKAT 8 Briged.
Seterusnya mesyuarat telah dipengerusikan oleh Noor Azizah Ab Aziz selaku
Pengerusi BAKAT 8 Briged. Turut hadir dalam mesyuarat adalah Pegawai
Memerintah/Pemerintah, Pengerusi BAKAT, Penasihat BAKAT dan Pegawai Kerja BAKAT
pasukan bawah naungan 8 Briged.
Dalam ucapan perasmiannya, Penaung BAKAT 8
Briged menekankan bahawa kejayaan seorang lelaki adalah kerana berdiri teguh
seorang isteri yang berada seiring dengannya.
Justeru, beliau menyeru supaya ahli BAKAT
sentiasa memberi sokongan dan dorongan kepada suami masing-masing dalam
perkhidmatan.
Mesyuarat telah membincangkan
perkara-perkara berbangkit daripada Minit Mesyuarat Agung Tahunan BAKAT 8
Briged Tahun 2023, Takwim BAKAT 2 Divisyen dan Takwim BAKAT 8 Briged,
pelantikan pasukan penganjur bagi aktiviti BAKAT 8 Briged serta taklimat
laporan aktiviti tahunan dan kewangan tahun 2023 daripada pasukan naungan 8
Briged.
Bagi mengakhiri mesyuarat, Pengerusi BAKAT
8 Briged telah berpesan supaya semua pasukan untuk bekerjasama dan memberi
komitmen yang berterusan bagi melancarkan aktiviti yang telah dijadualkan
sekaligus dapat menaikkan lagi imej organisasi BAKAT 8 Briged.
Beliau juga telah menzahirkan penghargaan
kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus dalam melaksanakan dan
menjayakan pelbagai aktiviti BAKAT yang dianjurkan.
Mesyuarat telah ditangguhkan pada jam 1243
dan semua ahli mesyuarat telah dijemput untuk menghadiri jamuan makan tengah
hari yang disediakan di Wisma Perwira 8 Briged.
Kredit: Markas 8 Briged
No comments:
Post a Comment