Wednesday, 23 October 2024

BETARI SUMBER PREBIOTIK SEMULA JADI

 
Betari atau sorghum merupakan bijirin yang kaya dengan sumber prebiotik. Ia lebih tinggi protin berbanding yang diperoleh daripada quinoa. Kandungan zati besi di dalam betari juga tinggi. Justeru, memakan betari dapat membekalkan tenaga berpanjangan.
 
Memakan bijirin memang amalan baik untuk kesihatan. Bijirin mesra perut dan mudah dihadamkan. Makan dalam jumlah yang sedikit, tetapi rasa kenyang lama.
 
Betari sesuai ditanak menjadi nasi atau dimasak menjadi bubur.
 
Betari merupakan genus tumbuhan bijirin pelbagai spesies yang ditanam untuk bijian dan juga digunakan sebagai makanan binatang ternakan. Tanaman ini ditanam di iklim panas di seluruh dunia. Spesies ini berasal dari bahagian tropika dan subtropika di semua benua termasuk Pasifik Barat Daya dan Australia.
 


No comments:

Post a Comment