Pembinaan landasan kereta api di Kelantan bermula pada tahun
1906 melibatkan laluan antara Tumpat dengan Pasir Mas. Ia telah dibuka pada
1914.
Laluan kereta api antara Kuala Lipis dan Tumpat dibuka
secara berperingkat dan siap sepenuhnya apabila landasan kereta api Gua
Musang-Kuala Gris siap pada tahun 1931.
Dengan pembinaan jalan kereta api ini, maka terjalinlah sebuah rangkaian kereta
api dari Tumpat ke Gemas. Dari Gemas boleh terus sehingga ke Singapura atau
naik ke utara sehingga ke Padang Besar.
Stesen kereta api Gua Musang menjadi stesen utama di Kelantan Selatan. Ia
menjadi nadi utama untuk pengunjung ke Gua Musang. Sebelum tahun 1983,
satu-satunya cara penduduk di Kelantan Utara untuk ke Gua Musang adalah
menggunakan kereta api.
Sebelum ada perkhidmatan kereta api, cara penduduk bergerak
ke kawasan Hulu Kelantan adalah dengan merentasi denai dan sungai.
Usaha membina landasan kereta api amat mencabar kerana
melalui kawasan hutan tebal dan berbukit. Satu perkara yang dianggap mencabar
adalah membina terowong yang kini dikenali Bukit Korek.
Terowong bermula antara laluan Stesen Manek Urai, Bukit Abu
dan Dabong. Panjang setiap satu terowong itu antara 50 hingga 750 meter melalui
kawasan bukit batu kapur.
Ada perkongsian di media oleh anak seorang pekerja yang
pernah terlibat dalam pembinaan landasan kereta api di Hulu Kelantan.
Perkongsian tersebut (diolah kembali):
Tahun 1945/1946, ayah saya bekerja menebang pokok menggunakan
gergaji di tepi Bukit Korek, Dabong.
Pada suatu malam ayah saya dan seorang kawan dipanggil Pak
Da Hussin. Mereka terserempak dengan seorang tua di Bukit Korek. Lelaki tua itu
menyerahkan seekor kambing gurun yang muncung dia buruk dan berulat. Katanya
tolong pelihara kambing ini supaya sembuh muncungnya.
Namun kawan ayah saya, Pak Da Hussin ambil kambing tersebut
dan sembelih. Seminggu kemudian Pak Da Hussin jadi hilang akal dan gila
sehingga dibawa pulang dan meracau di kampung hingga ke akhir hanyat. Pak Da
Hussin meninggal sehingga usia beliau 90 tahun.
Walaupun Pak Da Hussin tidak siuman, tetapi kerana beliau
rakan karib ayahku lalu aku layan dia dengan penuh hormat. Aku pernah bawa dia
berjumpa dengan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Yaacob ketika dia menziarahi
kampungku.
Aku cerita kepada Mohammad siapa Pak Da Hussin.
Tahun 2005 aku pergi ke Kampung Sungai Layak, Kemubu mencari
lokasi Bukit Korek dan jumpa seorang tua nama Pak Soh.
Pak Soh menetap di Sungai Layak berhampiran Bukit Korek
sejak tahun 1940 sebelum Jepun menakluk Malaya. Pak Soh cerita padaku tentang
Pak Da Hussin. Dia kata sepatutnya Pak Da Hussin pelihara kambing tersebut
kerana ia adalah pemberian bukan manusiq biasa.
Tahun 2015 aku sekali lagi mengunjungi Pak Soh bersama Datuk
Ramzi (Ketua UMNO Bahagian Kuala Krai). Ramzi memberikan sumbangan kepada Pak
Soh untuk membaik pulih madrasah yang Pak Soh jadi imam. Pak Soh sudah
meninggal.
Sungai Layak adalah kampung terpencil bertentangan Sungai
Jelawang Dabong.
Ayahku pernah terjun keretapi dari ditawan tentera Jepun
untuk Pembinaan Landasan Keret Api Maut di Burma.
Tahun 1942 usia ayahku dah 38 tahun. Hingga hari ini aku
mendengar khabar Kerajaan Jepun membayar pampasan kepada buruh Landasan Keret Api
Maut tapi entah ke mana.
Sakri Jusoh
Kredit pemilik gambar

No comments:
Post a Comment