Wednesday, 3 June 2026

SERI PAHLAWAN GAGAH PERKASA (S.P)

 
Seri Pahlawan Gagah Perkasa (S.P.) ialah darjah kebesaran dan anugerah persekutuan yang paling tinggi serta paling kanan dalam senarai keutamaan darjah-darjah dan pingat-pingat di Malaysia.

Ia dianugerahkan kepada individu (terutamanya anggota pasukan keselamatan atau orang awam) yang telah menunjukkan keberanian yang luar biasa, gagah berani, dan melakukan pengorbanan yang hebat dalam situasi yang berbahaya.

Dianugerahkan ketika hidup atau selepas meninggal dunia.

Pingat ini tidak mempunyai syarat had jawatan atau status korporat. Ia boleh dianugerahkan kepada sesiapa sahaja, daripada anggota tentera, polis berpangkat rendah, hinggalah kepada orang awam biasa.

Pingat S.P. hanya diberikan kepada mereka yang mempertaruhkan nyawa demi keselamatan orang lain atau negara dalam situasi yang sangat berbahaya.

Manakala pingat gelaran darjah kebesaran lain seperti Tun, Tan Sri, atau Datuk dikurniakan berdasarkan jawatan, tempoh perkhidmatan, atau sumbangan material.

Penerima S.P. layak menerima elaun kenangan khas sebanyak RM2,000 setiap bulan seumur hidup. Sekiranya penerima meninggal dunia, waris terdekat layak menerima bayaran sekali gus (one-off) sebanyak RM20,000.

Anugerah ini diwujudkan pada 29 Julai 1960 dan diwartakan pada 11 Ogos 1960. Penerima tidak mendapat apa-apa gelaran. 

Penerima pertama ada Veloo a/l Rajavelu yang dikurniakan pingat ini pada tahun 1963, hasil keberanian beliau membanteras rompakan di Klang dengan mengorbankan nyawanya pada tahun Ogos 1962.

Satu-satunya orang awam (bukan di kalangan anggota keselamatan) yang menerima pingat S.P. ini ialah Abdul Jalil Ibrahim. Dia pegawai Bank Bumiputra pada tahun 1985.

Dia dianugerahkan S.P. selepas mati dibunuh di Hong Kong semasa menyiasat skandal kewangan mega BMF demi mempertahankan integriti dan dana negara.

S.P. membuktikan bahawa keberanian seorang rakyat jelata boleh jadi setaraf atau lebih tinggi daripada kedudukan golongan kenamaan dalam negara.

Meletakkan pingat ini di kedudukan teratas adalah tanda penghormatan tertinggi mutlak daripada Yang di-Pertuan Agong dan seluruh negara kepada semua wira yang sanggup bergadai nyawa, demi untuk negara yang tercinta.

Sehingga 2014, sebanyak 30 orang telah menerima anugerah tertinggi ini.

Gambar - Veloo a/l Rajavelu

No comments:

Post a Comment