Lembah Lenggong tapak Warisan Dunia. Kawasan ini cukup istimewa di mana bumi dan sejarah manusia saling terkait. Kawasan ini dikenali
dengan letusan volkano tertua di benua kuno Sibumasu pada zaman Ordovisi
(480–460 juta tahun yang lalu).
Pergunungan Titiwangsa dan Bintang terbentuk melalui evolusi
granit hasil perlanggaran benua Sibumasu dan Indochina pada zaman Trias
(220–200 juta tahun lalu).
Selain itu, Lenggong dihentam oleh meteorit yang menyebabkan
kemusnahan tamadun manusia prasejarah dan kehidupan di sekitarnya.
Lembah Lenggong mempunyai kawasan seluas sekitar 49 kilometer
persegi. Kawasan ini dikenali dengan mega kepelbagaian biologi hutan hujan
tropika batuan granit.
Disokong oleh aliran Sungai Perak, Lembah Lenggong telah
menjadi tempat kediaman manusia yang ideal selama lebih dari 1.83 juta tahun
dahulu. Lokasi ini dihuni secara berterusan oleh manusia sejak zaman
Paleolitik, Neolitik, Logam sehinggalah sekarang.
Terdapat penemuan bukti lengkap penempatan manusia prasejarah
yang mengukuhkan pengiktirafannya sebagai Tapak Warisan Dunia. Sejarah Perak
moden juga mempunyai hubungan erat dengan masyarakat dan kerajaan yang
berkembang hingga hari ini.
UNESCO pada 2012 telah mengisytiharkan kawasan Arkeologi
Lembah Lenggong sebagai Tapak Warisan Dunia.
Pada 16 Disember 2021, kawasan ini diiktiraf sebagai Geopark
Kebangsaan.
Pada April 2026 ia diiktiraf secara rasmi sebagai Geopark
Global UNESCO di Paris, Perancis, yang merangkumi kawasan seluas 224,800 hektar.
Pengiktirafan itu hadir dengan gabungan unik warisan prasejarah yang kaya,
bukit batu kapur dan formasi geologi purba.

No comments:
Post a Comment