Friday, 20 July 2018

TINGGALAN SEJARAH BUKIT MARAK

Bukit Marak terletak dalam daerah Bekelam, Bachok iaitu 12.8 kilometer dari Kota Bharu ke arah timur dan 19.2 kilometer dari bandar Bachok. Ketinggian Bukit Marak adalah lebih kurang 114 meter.

Pandangan dari puncaknya indah dengan perkampungan penduduk Melayu dan Siam serta dapat dilihat sehingga ke bandar Bachok dengan latar belakang Laut China Selatan.

Bukit Marak merupakan sebuah bukit yang agak terkenal kerana mempunyai hubung kait dengan sejarah Kesultanan Kelantan. 

Puteri Saadong yang merupakan anak angkat kepada Cik Siti Wan Kembang, Raja pemerintah Kelantan, dikatakan pernah bersemayam di Bukit Marak sekitar abad ke 17 masihi.

Antara kesan tinggalan yang membuktikan keberadaan Puteri Saadong di Bukit Marak adalah seperti Batu Gajah, Batu Pengasah, Batu Apal, Batu Kepala Ular, Batu Gendang, Batu Belah dan Tapak Kaki Awang Selamat.   

No comments:

Post a Comment