Salah
satu cara menikmati buah pisang ialah dengan merebus dikenali pisang rebus. Pisang
rebus mudah disediakan dengan cara merebus dengan air dan dicampurkan sedikit garam
untuk menambah rasa.
Namun
tidak semua jenis pisang sesuai direbus. Antara jenis pisang yang sesuai direbus
ialah pisang kebatu atau dikenali juga pisang abu. Pisang lain sesuai direbus ialah
pisang kelat lega dan pisang nangka.
Pisang
yang hendak direbus mesti yang telah matang atau masak. Pisang direbus tanpa dibuang
kulit. Pisang direbus selama lebih kurang 30 minit atau sehingga kulitnya kecut
dan warna bertukar kelabu.
Pisang
yang siap direbus boleh dimakan 'kosong', dicicih gula ataupun kelapa parut yang
digaulkan dengan sedikit garam dan gula. Pisang rebus sedap dimakan ketika masih
panas.
No comments:
Post a Comment