Semakin
ramai yang berminat menjadi penternak lembu secara sambilan. Mereka yang
tinggal di kampung atau ada kawasan yang sesuai untuk menternak lembu sebagai
usaha sambilan tidak melepaskan peluang mendapat keuntungan melalui aktiviti
itu.
Antara
keuntungan 'besar' penternak lembu adalah apabila mendapat anak. Harga anak
lembu baka luar negara boleh mencecah harga RM1000 sehingga RM3000 setelah
berusia sebulan.
Keuntungan
memang lumayan. Lembu bunting selama 280 hari atau lebih kurang usia kandungan mansusia.
Ambil kira mudah, setiap ibu lembu akan melahirkan seekor anak dalam setiap
setahun atau 12 bulan. Jika anak lembu dijual dengan harga RM1200 seekor,
bermakna sepanjang anak beranak di dalam kandungan ibunya, ia telah menyumbang
sebanyak RM100 sebulan kepada tuannya.
Sepanjang
berada di dalam kandungan, penternak lembu pada hakikatnya hanya menjaga ibu
lembu, tetapi untung telah dapat. Memang menguntungkan.
Anak
lembu baka luar negara yang berusia setahun ada yang harganya mencecah sehingga
RM7,000 dan lebih. Jadi, penternak biasanya akan terus memelihara anak lembu
sehingga harga yang sesuai untuk dilepaskan.
Memelihara
lembu di dalam kandang tidak sukar. Apa yang penting memberi makanan secukupnya
dan jaga kebersihan kandang agar lembu sentiasa sihat dan membesar dengan baik.
Makanan
yang diberikan sama ada dedak ternakan, rumbut yang disabit ataupun campuran antara
kedua-duanya.
Kepada
mereka yang tinggal di kampung atau yang mempunyai ruang untuk menternak lembu,
jangan lepaskan peluang mendapat keuntungan dari aktiviti menternak lembu. Ada penternak
bergelar jutawan dengan menternak lembau. Kayalah.
No comments:
Post a Comment