Seorang
bekas menteri Pakatan Harapan (PH) mengatakan kini dirinya bebas berceramah
tanpa protokol seperti dahulu.
“Tuan-tuan
sekalian, saya tidak bercakap macam ini lama dah...ramai orang kata bang Mat
berucap dah tak sedap..Memang la.. Menteri nak berucap macam mana.. kena jaga
fakta semua..haaa, sekarang bermulalah serangan kami.", kata bekas menteri
berkenaan.
Persoalannya,
adakah ketika menjadi menteri sahaja kena bercakap berfakta? Hakikatnya, tidak kira
siapa pun kita, setiap patah perkataan yang diucapkan mesti berfakta atau bersumberkan
kepada perkara yang benar.
Kenyataan
bekas menteri itu seakan-akan mengatakan bahawa untuk berucap sedap 'mesti' ikut
cakap. Tidak perlu jaga fakta dan ikut suka hati sahaja.
Ingatlah...
sesiapa bercakap ikut suka hati nak cakap dan tidak berfakta, aitu namanya fitnah.
Sikap beginilah punca mengapa cakap orang politik merapu dan tidak berasas.
Diingatkan
kepada orang politik, bercakaplah dengan fakta. Bercakaplah dengan rasa bertanggungjawab
bahawa setiap patah perkataan yang diucapkan akan dihisap di akhirat kelak.
Allah
turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu. Firman allah bermaksud: "Dan janganlah
kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah
sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka
makan daging saudaranya yang telah mati?" (Surah al-Hujurat, ayat 12)
Dalam
al-Quran, Allah berfirman, "Dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar
bahayanya daripada membunuh." (Surah al-Baqarah, ayat 191).
Gambar sekadar hiasan.
No comments:
Post a Comment