Majlis Belia Jajahan Gua Musang dengan
kerjasama Jabatan Pertanian Gua Musang menjalankan projek tanaman fertigasi
lada solok.
Sebanyak 500 anak pokok yang telah ditanam sebagai permulaan. Diharapkan projek ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak belia di jajahan berkenaan menceburi bidang pertanian.
Usaha pertanian mampu membuka lebih banyak
peluang pekerjaan kepada golongan belia, yang jika dilakukan dengan skala besar
mampu memberi pulangan pendapatan yang lumayan
Permintaan terhadap lada solok sentiasa
tinggi, terutama pada bulan Ramadan. Lada solok digunakan untuk membuat solok
dan juga dijadikan perisa atau ramuan dalam pelbagai jenis masakan. Ia menjadi pilihan
kerana rasanya tidak terlalu pedas.
Sebanyak 500 anak pokok yang telah ditanam sebagai permulaan. Diharapkan projek ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak belia di jajahan berkenaan menceburi bidang pertanian.
No comments:
Post a Comment