Menjelang abad ke-19, ketika ideologi Zionisme
mula tersebar di kalangan segelintir orang-orang Yahudi yang bernaung di bawah
Empayar Uthmaniyyah, perkara ini dilihat sebagai berbezaan yang tidak sama
dengan apa yang mereka (Yahudi naungan Uthmaniyyah) terima berbanding saudara sebangsa
mereka di Eropah.
Dalam buku “Late Ottoman Palestine: The
Period of Young Turk Rule”, sejarawan Eyal Geno dan Yuval Ben-Bassat menyatakan
bahawa bagi Yahudi Uthmaniyyah ketika itu, penubuhan “Zionisme adalah berbentuk
nasionalisme budaya, identiti yang muncul itu tidak mengurangkan kesetiaan
mereka terhadap Empayar Uthmaniyyah dan yang tidak memerlukan mereka untuk
bepindah ke tanah yang jauh dari Palestin milik Uthmaniyah.”
Ideologi Zionis Yahudi Eropah muncul daripada konteks penjajahan global Eropah. Mereka berpendapat sekiranya peneroka Eropah
dapat melakukan pembersihan etnik kaum asal Amerika dan Australia demi
mewujudkan negara baharu, mengapa tidak orang Yahudi Eropah?
Empayar Uthmaniyyah telah menghantar kapal
untuk membantu orang Yahudi yang melarikan diri dari pemerintahan Sepanyol yang
telah menghalau mereka dari Semenanjung Iberia pada tahun 1492.
Bagi ramai orang Yahudi Uthmaniyyah,
menjadi sebahagian rakyat di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah telah membela
nasib mereka dan diberi hak untuk naik ke kedudukan yang terkenal empayar
itu untuk sekian lamanya. Perkara ini berbeza pula bagi orang-orang Yahudi
Eropah .
Ketika Herzl bertemu secara
bersemuka dengan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901, dia telah
mencadangkan agar syarikat-syarikat Yahudi dapat
mendirikan perusahaan di Istanbul dan menyalurkan pelaburan, pada waktu yang
sama dapat menyelesaikan hutang Empayar Uthmaniyyah daripada kekuatan
Eropah.
Sebagai balasan, kerajaan Turki Uthmaniyyah
akan memberikan beberapa tanah di Palestin dan memberi otonomi bagi membolehkan
orang Yahudi untuk membina penempatan dan memerintah tanah tersebut.
Cadagan dan idea Herzl adalah salah satu cara untuk memerdekakan Yahudi Eropah, namun bagi Sultan Abdul Hamid II, beliau lebih cenderung menyelasaikan hutang luar yang terkumpul di bawah pemerintahannya.
Walaupun keadaan ekonomi yang begitu
meruncing beliau tetap berpendapat bahawa cadangan Herzl itu tidak akan
digunakan demi membiarkan penjajahan Zionis terhadap Palestin.
Penghijrahan bangsa Yahudi Eropah ke
Palestin, yang sedikit pada ketika itu, tetap menyebabkan ketegangan di kalangan
penduduk asli Palestin.
Akhirnya campur tangan Britain mengubah
segalanya, setelah habis berjuang, Uthmaniyyah hanya mampu untuk mempertahankan
kekuasaanya di Balkan, pada masa yang sama pergolakan politik dalaman sedang
meruncing yang akhirnya melemahkan empayar yang pernah menguasai dunia.
Peristiwa penghijrahan orang-orang Yahudi
Eropah pernah dibincangkan dalam parlimen Uthmaniyyah di mana ahli parlimen
yang bernama Nissim Matzliah yang berbangsa Yahudi menyatakan “Zionisme
memang berbahaya bagi empayar ini, kesetiaan saya terletak pada empayar.”
Empayar Uthmaniyyah berpendapat fahaman
Zionisme Eropah dan cita-cita mereka adalah usaha menjajah demi mengukir sebuah
negara haram telah terbukti pada hari ini.
Dalam laporan terperinci ke Istanbul daripada Duta Besar Uthmaniyyah ke Berlin, Ahmet Tewfik Pasha, menulis, “kita tidak
boleh memandang Zionisme sebagai satu ilusi” tujuan penubuhan organisasi
itu menurut beliau tidak lain adalah bagi “membentuk Negara Yahudi yang
besar di Palestin, juga akan tersebar yang bakal berkembang negara tetangga
Palestin.”
Dalam memoir Sultan Abdul Hamid II
mengatakan bahawa Herzl telah berusaha untuk menipu Uthmaniyyah mengenai niat
utama mereka atas tanah tersebut (Palestin). Kecurigaan Uthmaniyyah kemudian
dibuktikan ketika mana Herzl gagal memujuk Sultan Abdul Hamid II di Istanbul,
menyedari hal itu, akhirnya Zionis bersekutu dengan Inggeris maka terbinalah negara
haram Israel pada hari ini.
Cadagan dan idea Herzl adalah salah satu cara untuk memerdekakan Yahudi Eropah, namun bagi Sultan Abdul Hamid II, beliau lebih cenderung menyelasaikan hutang luar yang terkumpul di bawah pemerintahannya.
No comments:
Post a Comment