Sabun adalah suatu ciptaan yang sangat
hebat yang sudah wujud sejak berkurun lamanya. Kewujudannya dipercayai bermula
sekitar 2800 Sebelum Masihi lagi dalam ketamadunan Babilon. Ia dihasilkan
dengan lemak yang direbus bersama abu. Sabun pada masa itu digunakan untuk
membersihkan bulu binatang.
Manakala dalam tamadun Mesir Purba,
masyarakat Mesir sudah mengamalkan mandi dengan menggunakan sabun.
Malah ‘Ebers papyrus’, sebuah manuskrip
perubatan daripada tahun 1500 (SM) menjelaskan bagaimana sabun dibuat, iaitu
dengan mencampurkan minyak daripada haiwan dan tumbuhan dengan garam alkali
bagi menghasilkan bahan berbentuk sabun yang digunakan untuk merawat penyakit
kulit dan juga untuk kerja-kerja mencuci. Ia seterusnya berkembang juga dalam
tamadun Rom.
Sungguhpun ‘bath house’ atau rumah mandi
terbuka sudah lama wujud dalam Tamadun Rom Purba, namun sabun dilaporkan tidak
ditemukan pada masa itu. Malah Ratu Cleopatra hanya menggunakan minyak pati dan
pasir putih yang halus untuk mandi dan pembersihan.
Sabun dengan aroma yang wangi dicipta di
Timur Tengah ketika zaman kegemilangan Islam.
Ajaran Islam yang menekankan tentang
penyucian dan kebersihan juga membuatkan ia mendapat sambutan. Sejak abad ke-7
Masihi, umat Islam telah mengembangkan sebuah gaya hidup higienis yang
mutakhir.
Kota-kota Islam seperti Nablus (Palestin), Kufah (Iraq), dan Basrah (Iraq) telah menjadi pusat industri sabun.
Sabun yang dibuat umat Islam pada zaman kejayaan sudah menggunakan pewarna dan pewangi.
Selain itu, ada sabun cair dan ada pula sabun basuh tangan. Bahkan, pada masa itu sudah tercipta sabun khusus untuk mencukur kumis dan janggut.
No comments:
Post a Comment