Sunday 17 October 2021

BERBASIKAL DI LEBUH RAYA DIPENJARA 12 BULAN

Sebarang aktiviti berbasikal di lebuh raya tanpa kebenaran Polis Diraja Malaysia dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Penunggang basikal yang melanggar undang-undang boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959.

Tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 54(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana menunggang secara melulu yang memperuntukkan hukuman denda RM1,000 hingga RM5,000 atau penjara sehingga 12 bulan.

Gagal mematuhi papan tanda lalu lintas yang melarang berbasikal di lebuh raya boleh menyebabkan individu itu dikenakan tindakan mengikut Seksyen 79(2) akta sama, manakala Seksyen 112(3) pula membolehkan basikal disita jika melakukan mana-mana kesalahan berbasikal.

No comments:

Post a Comment