Sudah 23 tahun menjadi wakil bahagian ke persidangan
cawangan, sejak zaman pemuda dan bertukar kepada dewasa, amanah digalas dengan
rasa tanggungjawab.
Ini sekelumit usaha yang dapat disumbangkan kepada parti
yang sudah banyak memberi jasa kepada agama, bangsa dan negara.
Hidup ini biar berbuat baik mengikut apa yang diamanahkan
dan kepercayaan yang diberikan.
Setiap individu tidak seharusnya mempersiakan amanah yang
menjadi nadi kepercayaan orang lain terhadap diri.
Kejayaan hanya dikecapi sekiranya dilakukan dengan amanah
dan bersungguh. Tiada kejayaan datang dengan mudah. Seperti kata pepatah,
yang bulat tidak datang bergolek dan yang pipih tidak datang melayang.
