Thursday, 31 March 2016

BAPA MERTUA GAGAH DAN SUPER HEBAT

Bapa mertuaku berumur 60 tahun. Tubuhnya masih kuat dan tidak mengidap penyakit bahaya atau kronik. Aku memang tahu bapa mertuaku masih gagah dan super hebat. Mungkin amalan kerja kampung dan gaya hidup sihat menyebabkan kesihatan bapa mertuaku terjaga.  

Dia tidak merokok dan mengamalkan makan ulam serta herba asli. Masih sihat dan mampu melakukan tugas seperti kebanyakan orang berusia 40an.

Suatu petang, aku terkejut apabila bapa mertuaku ajak main. Katanya sudah lama dia tidak main. Gian pula katanya. 

Aku jadi serba salah. Aku tidak biasa main dengan bapa mertua. Tambahan pula keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan. Rasa tidak sedap badan. Banyak kerja yang dilakukan ketika di pejabat dalam tempoh seminggu ini.  

Jadi, aku jelaskan secara baik kepada bapa mertuaku. Dia terima alasanku, tetapi agak kecewa. 

Dia minta aku layan keinginannya pada masa lain bila aku bersedia. Aku rasa terperangkap dengan alasan yang aku berikan. Terpaksalah aku setuju untuk main dengannya pada masa lain.

Sejak hari itu aku lihat bapa mertuaku sering melakukan latihan ringan. Dibelinya tongkat ali mentah direbus sendiri untuk mendapat air. 

Katanya, tongkat ali asli lebih power, biarpun rasanya pahit dan tidak sedap untuk diminum. 

Namun, katanya demi untuk mendapat kekuatan untuk main dengan aku, dia sanggup minum air tongkat ali yang pahit itu.

Bapa mertuaku juga mula makan telur separuh masak bersama dengan madu. Katanya, madu dan telur separuh masak sumber tenaga yang baik untuk lelaki. 

Dia pula mencadangkan agar aku minum air kacip fatimah, Biar pulih kembali tenaga aku yang terpaksa bekerja berterusan di pejabat. Katanya, kalau aku sihat dan bertenaga, baru sedap main nanti.

Aku rasakan bapa mertua aku benar-benar serius hendak main dengan aku. Aku tidak boleh mengalah. Aku juga perlu bersedia dengan fizikal dan mental. Aku tidak boleh kalah. Aku kena bertarung habis-habisan dengan bapa mertuaku.  

Pada hari cuti, aku telah bersedia untuk main dengan bapa mertuaku. Pada petang itu maka terciptalah sejarah kali pertama aku bermain badminton dengan bapa mertuaku di padang di hadapan rumahku. 

Boleh tahan hebat bapa mertuaku. Termengah-mengah aku hendak membalas setiap pukulan bapa mertuaku. Aku lihat bapa mertuaku benar-benar puas.   

Sekian ceritaku main dengan bapa mertua.

No comments:

Post a Comment