Sunday 11 February 2018

PROSES KELAHIRAN SELAMAT


Maksud kelahiran selamat adalah kelahiran yang diuruskan oleh individu berkemahiran dan berpengalaman dalam menguruskan kelahiran. Jika individu tersebut hanya berpengetahuan tinggi secara teori semata, masih tidak boleh mengisytiharkan mahir dalam hal ehwal kelahiran.

Malah jika sekiranya individu tersebut doktor sekalipun, tetapi tidak berkemahiran dalam proses kelahiran, ia tetap mempunyai risiko.

Berdasarkan definisi daripada World Health Organization (WHO), “kelahiran selamat” (safe delivery) ialah kelahiran yang dikendalikan oleh anggota kesihatan terlatih (skilled health personnel).

Malaysia telah mencapai peratus kelahiran selamat sebanyak 98 peratus semenjak tahun 2009 iaitu pencapaian yang setanding dengan negara maju. Peratus kelahiran di rumah didapati menurun daripada 24.8 peratus pada tahun 1990 kepada 1.7 peratus pada tahun 2012.

Di Malaysia, selain daripada doktor, hanya anggota kesihatan yang terlatih di dalam bidang perbidanan dan berdaftar dengan Lembaga Bidan Malaysia sahaja yang boleh mengendalikan kelahiran.

Ini termaktub di dalam Seksyen 14(1) Akta Perbidanan 1966 yang menyatakan: “Any person who, not being a midwife registered under this Act, practices midwifery, shall be guilty of an offence and shall be liable on conviction to a fine not exceeding two thousand ringgit or to imprisonment for a period not exceeding one year or to both.”

Kajian jelas menunjukkan kelahiran di rumah atau tidak disambut oleh anggota yang berkemahiran, mempunyai risiko tinggi kematian bayi.

Pihak berwajib perlu mengambil tindakan tegas kepada pihak-pihak tertentu yang dengan sengaja menghasut ibubapa untuk bersalin di rumah dan pengamalan tertentu tanpa pengawasan rapi daripada doktor pakar perbidanan bertauliah.

No comments:

Post a Comment