Saturday, 26 May 2018

CARA ELAK BELI AIR TEBU CEPAT MASAM

Peminat air tebu kecewa apabila mendapati air tebu yang dibeli cepat masam dan tidak sesuai lagi untuk diminum. Air tebu jadi masam biarpun diletakkan di dalam peti sejuk. Keadaan ini jarang terjadi kepada jenis minuman jus lain. Ketahui cara untuk elak air tebu jadi cepat masam.

Untuk mengelak jenis air tebu cepat masam, pastikan cara tebu itu dimesin. 
- Pilih tempat menjual tebu yang bersih, terutama mesin pemerah batang tebu.
- Pastikan batang tebu itu dibuang kulitnya dan betul-betul bersih.
- Batang tebu tidak diletakkan di dalam air (bahagian bawah biasanya direndam di dalam air).
- Air tebu yang telah dimesin perlu segera dimasukkan di dalam peti sejuk atau dicampurkan dengan ketulan ais.

Insya Allah, jika perkara di atas diberi perhatian, air tebu yang dibeli tidak akan cepat masam.

No comments:

Post a Comment