Ini kisah bapa mentua main dengan menantu. Tentu sekali
menantu berasa terkejut apabila bapa mentua ghairah ajak main ketika suami
tiada di rumah.
Mulanya menantu menolak. Namun, akhirnya setelah dirayu dan
dipujuk akhirnya menantu terpaksa mengalah. Jadi, tidaklah dikira kena paksa
atau diugut jika tidak mahu layan nafsu bapa mentua itu.
Ini cerita menantu.
Hubungan dengan bapa mentua memang mesra dan rapat. Aku
hormat dan sayang bapa mentua.
Bapak mentuaku masih gagah. Aku cukup berasa puas dapat
layan kehendak bapa suamiku itu. Aku bangga jadi isteri penuhi nafsu orang tua.
Siapa pun jika hari-hari kena pujuk pasti tergoda.
Nama aku Aini (bukan nama sebenar) dan berusia 30 tahun. Aku sudah berkahwin sejak lima tahun lalu, namun belum ada rezeki menimang cahaya mata.
Suamiku Azam (bukan nama sebenar) berusia 35 tahun. Dia pegawai
pemasaran di sebuah syarikat antarabangsa terkemuka. Biasa dia ditugaskan
di luar kawasan, dan kadangkala pergi ke luar negara sehingga
berminggu-minggu.
Jadi, aku sudah terbisa tinggal bersendirian. Memang sunyi
juga. Pernah aku menyuarakan keinginan bekerja untuk mengurangkan kesunyian
apabila ditinggalkan keseorangan. Namun, suamiku tidak mengizinkan.
Namun, sejak dua bulan lalu aku tidak lagi berseorangan.
Bapa mentuaku yang tinggal di kampung akan datang menemaniku apabila suamiku
pergi tugasan luar yang agak lama.
Bapa mentuaku tidak keberatan kerana dia pun tinggal seorang
diri di kampung setelah ibu mentuaku meninggal kira-kira setahun lalu.
Aku pernah mencadangkan agar bapa mentuaku tinggal terus
denganku. Tetapi, dia tidak bersetuju. Katanya cukuplah dia datang sekali
sekala apabila suami aku ditugaskan di luar kawasan.
Bapa mentuaku berumur 60 tahun. Tubuhnya masih kuat dan
tidak mengidap penyakit bahaya atau kronik.
Mungkin amalan kerja kampung dan gaya hidup sihat
menyebabkan kesihatan bapa mertuaku terjaga. Dia tidak merokok dan mengamalkan
makan ulam serta herba asli. Masih sihat dan mampu melakukan tugas seperti
kebanyakan orang berusia 40-an.
Suami aku ditugaskan berkursus di luar negara selama
sebulan. Untuk menemaniku yang keseorang, bapa mentua dari kampung datang.
Suatu petang, aku terkejut apabila bapa mertuaku ajak main. Katanya sudah lama dia tidak main. Gian pula katanya.
Aku jadi serba salah. Aku tidak biasa main dengan bapa
mentua. Tambahan pula keadaan kesihatan aku tidak mengizinkan. Rasa tidak sedap
badan.
Jadi, aku jelaskan secara baik kepada bapa mentuaku. Dia
terima alasanku, tetapi agak kecewa.
Dia minta aku layan keinginannya pada masa lain bila aku
bersedia. Aku rasa terperangkap dengan alasan yang aku berikan. Terpaksalah aku
setuju untuk main dengannya pada masa lain.
Sejak hari itu aku lihat bapa mentuaku sering melakukan
latihan ringan. Dibelinya tongkat ali mentah direbus sendiri untuk mendapat
air. Katanya, tongkat ali asli lebih power, biarpun rasanya amat pahit.
Namun, katanya demi untuk mendapat kekuatan untuk main
dengan aku, dia sanggup minum air tongkat ali yang pahit itu.
Bapa mentuaku juga mula makan telur separuh masak bersama
dengan madu. Katanya, madu dan telur separuh masak sumber tenaga yang baik
untuk lelaki.
Dia pula mencadangkan agar aku minum air kacip fatimah, Biar
pulih kembali tenaga aku. Katanya, kalau aku sihat dan bertenaga, baru sedap
main nanti.
Aku rasakan bapa mentua aku benar-benar serius hendak main
dengan aku. Aku tidak boleh mengalah. Aku juga perlu bersedia dengan fizikal
dan mental. Aku tidak boleh kalah. Aku kena bertarung habis-habisan dengan bapa
mentuaku.
Pada hari cuti, aku telah bersedia untuk main dengan bapa
mentuaku. Pada petang itu maka terciptalah sejarah kali pertama aku bermain
badminton dengan bapa mentuaku di padang di hadapan rumahku.
Boleh tahan hebat bapa mentuaku. Termengah-mengah aku hendak
membalas setiap pukulan bapa mentuaku. Aku lihat bapa mentuaku benar-benar
puas.
Sekian ceritaku main dengan bapa mentua. Aku betul-betul
puas dapat main dengan bapa mentua. Lain kali aku tidak akan menolak jika bapa
mentua ajak main.
Nama aku Aini (bukan nama sebenar) dan berusia 30 tahun. Aku sudah berkahwin sejak lima tahun lalu, namun belum ada rezeki menimang cahaya mata.
Suatu petang, aku terkejut apabila bapa mertuaku ajak main. Katanya sudah lama dia tidak main. Gian pula katanya.

No comments:
Post a Comment