Berdera Sang Saka Malaya
(kependekkan dari perkataan: "Sang Pusaka Malaya") adalah bendera
Persatuan Kesatuan Melayu Muda (PKMM) bergelar Sang Saka Merah Putih.
Corak dan rupa bendera Sang Saka Malaya tidak pernah diterima sebagai bendera
Tanah Melayu atau Malaya sama ada sebelum merdeka mahupun selepas merdeka.
Bendera
itu dikatakan pernah dibawa oleh para perwakilan PKMM Malaya di Sidang
Serantau (Asian Relations Conference) pada penghujung tahun 1947 di
New Delhi.
Reka bentuk
Sang Saka Malaya yang diumumkan pada 11 November 1947 di Singapura adalah
berwarna merah putih dengan 12 simbol bintang berwarna kuning yang melambangkan
12 negeri di bawah Tanah Melayu.
Bendera
warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang
digunakan oleh kumpulan yang menyokong pembentukan Indonesia Raya dan
sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh KMM pada 1938 pimpinan
Ibrahim Yaakob.
Bagaimanapun
Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi
walaupun ketika dijajah.
Kesatuan
Melayu Muda telah memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan cara bergabung
dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya dengan mengenepikan
pemerintahan beraja.
Bagaimanapun
sebahagian besar pemimpin Melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju
dengan perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja
Melayu dan Islam, kerana itu sebahagian besar memilih perjuangan UMNO yang
mendaulatkan institusi Raja-Raja Melayu dan Islam.
Selepas
KMM diharamkan, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh
Mokhtaruddin Lasso, Dr. Berhanuddin Helmi dan Ahmad Boestaman meneruskan
perjuangan ideologi tersebut.
No comments:
Post a Comment