Saturday 21 November 2020

CARA MENJAGA MARUAH DIRI

Allah menciptakan manusia itu adalah sebagai mahluk yang paling berharga dan mulia di permukaan bumi ini. Namun tidak sedikit, manusia sendirilah yang merosakkan kehormatan dan harga dirinya, dengan melakukan perbuatan-perbuatan yang tidak bermoral dan  tidak sesuai dengan norma-norma agama.

Kemuliaan yang terdapat dalam diri manusia ini haruslah dijaga dari pada hal-hal yang dapat merosaknya, baik yang berupa sikap dan perbuatan yang dilakukan oleh diri sendiri, mahupun yang dilakukan oleh orang lain terhadap peribadi mereka.

Setiap individu muslim wajib menjaga diri dan maruah dengan memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri sendiri. Memelihara diri dan maruah amat penting demi menjaga kemuliaan diri, keluarga, masyarakat dan Negara.

Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki jati diri dengan berpegang kepada ajaran Islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan.

Antara kepentingan menjaga diri dan maruah ialah setiap muslim wajib dengan cara memelihara diri daripada melakukan perbuatan yang mencemarkan nama baik dan menjatuhkan kehormatan diri.

Selain itu adalah untuk menjaga kemuliaan diri,keluarga, masyrakat dan negara.Umat yang bermaruah ialah umat yang memiliki hati diri dengan berpegang kepada ajaran islam dan tidak terpengaruh dengan unsur-unsur asing yang merosakkan akidah.

Tambahan pula mereka yang menjaga maruah diri ini adalah untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Islam telah mengariskan panduan untuk menjaga imej diri dan maruah terutama dalam cara berpakaian, percakapan dan pergaulan. 

Sebagai muslim kita wajib memelihara semua adab ini supaya maruah kita tidak tercemar dan kualiti diri sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Antara cara berpakaian yang dituntut dalam Islam ialah dengan berpakaian yang menutup aurat. Pakaian tersebut tidalah ketat atau jarang dan memakai pakaian yang kemas dan bersih. Tidak memakai pakaian yang terdapat lambang-lambang yang diharamkan seperti lambang-lambang kumpulan Black Metal, lambang-lambang kumpulan ajaran sesat dan lambang-lambang agama lain.

Selain itu antara cara pergaulan yang diajarkan ialah dengan memberi salam dan berjabat tangan ketika bertemu dengan saudara Islam (dalam batas syarat) Menjaga tatasusila dan hukum syara dalam pergaulan. 

Hormat-menghormati, berkasih sayang dan beramah mesra antara satu sama lain. Bertukar-tukar pendapat dengan orang lain. Menjaga rahsia dan keaiban orang lain. Mementingkan sahabat melebihi diri sendiri. Menepati janji yang baik.

Selain itu juga adab dalam bercakap ialah dengan perkataan yang baik dan sekiranya tidak tahu,lebih baik berdiam diri. Berlemah-lembut dan menggunakan bahasa yang sopan apabila berinteraksi antara satu sama lain.

Apabila bertemu dengan orang yang lebih tua ataupun muda dari kita perlulah bercakap dengan menyenangkan dengn tentang perkara yang membawa kemajuan diri, masyarakat dan negara. Bercakap benar tentang perkara yang diketahui, jangan sampai berbohong perkara yang tidak ada kepastian.

No comments:

Post a Comment