Wednesday 18 December 2019

BUAH PULASAN SEAKAN RAMBUTAN

Pulasan (Nephellium mutabile) merupakan sejenis buah nadir. Pulasan mempunyai ciri-ciri seperti rambutan. 

Namun, pulasan (Nephelium mutabile) adalah berbeza dengan buah rambutan (Nephelium lappaceum) walaupun keduanya adalah dari keluarga Sapindaceae. 

Pulasan dinamakan 'pulas' kerana perbuatan untuk membuka buah ini adalah secara memulas buah tersebut.

Anak benih pulasan boleh diperoleh daripada kaedah mengetut dan juga benih dari biji. Benih yang mempunyai bilangan daun lebih 8 helai dan akar yang sihat ditanam dalam lubang penanaman. Siram anakbenih pokok selepas tanam.

Antara perosak tanaman pulasan peringkat awal penanaman seperti belalang, kumbang makan daun, ulat makan pucuk dan kumbang. 

Musuh buah masak ialah tupai, keluang dan binatang pemakan buah.

Bunga pulasan terbentuk di hujung pucuk secara jambak dan masaalah utama bagi buah pulasan ialah proses pendebungaan. 

Kebanyakan buah pulasan dijual untuk pasaran segar. Buah pulasan adalah jenis buah bermusim.

Kepada petani yang hendak menanam pulasan adalah dinasihatkan untuk mendapatkan anakbenih tulen berkualiti.

No comments:

Post a Comment