Friday 26 November 2021

ANAK LASAK TANDA BIJAK

Anak yang lasak dan aktif memang petanda anak bijak dan baik tumbesarannya. Namun begitu, jika terlebih lasak, makin pening ibu bapa dibuatnya. Apa ibu bapa perlu dilakukan?

Jangan larang tetapi ibu bapa bantulah dengan cara lebih baik agar keadaan jadi lebih terkawal atau anak-anak dapat salurkan kelasakkannya pada platform yang betul.

Anak yang lasak dan aktif adalah anak-anak yang ada sifat impulsif yang tinggi. Mereka perlu sentiasa bergerak. Mereka perlu sentiasa bertanya. Mereka perlu sentiasa mencuba. Otak mereka terlalu sibuk.

Mereka mudah jatuh minat dengan segala perkara yang ada di sekitar mereka. Mereka ingin mencuba. Kejayaan melaksanakan apa yang ingin dicuba adalah sesuatu yang paling mengembirakan.

Pengalaman pertama itu akan membawa kepada penerokaan seterusnya. Mereka akan mendapat pengalaman dan kemahiran yang bukan terhenti setakat itu sahaja. Mereka akan terus meneroka dan mencuba.

Jadi, jangan mudah rimas atau rungsing sengan sikap anak yang aktif dan lasak. Apa yang penting bimbing mereka bagaimana hendak melakukan dengan selamat dan batasan yang boleh dilakukan.

Bimbingan daripada ibu bapa akan menjadikan anak lebih yakin dengan apa yang dilakukan. Mereka lebih berhati-hati dan terus menunjukkan minat yang dapat memberi manfaat.

No comments:

Post a Comment