Saturday 11 February 2023

LATA PAPAN, BATU BALAI KUALA KRAI

 
Kawasan berbukit yang terdapat banyak aliran sungai akan terdapat lata atau air terjun. Lata adalah kawasan air terjun rendah atau jeram yang tegak.
 
Salah satu lata di Jajahan Kuala Krai ialah Lata Papan. Lokasi Lata Papan di Kampung Bacah Salak, Mukim Batu Balai, Daerah Batu Mengkebang, Jajahan Kuala Krai.
 
Lata Papan terbentuk hasil laluan air Sungai Durian. Kawasan ini sesuai dijadikan kawasan berkelah. Kawasannya catik dan teduh yang sesuai untuk istirahat dan melakukan aktiviti santai. Sebabnya air tohor, berpasir, pastu satu lagi tiada kepala air sini menurut orang setempat.
 
Tempat meletak kenderaan tiada masalah. Kawasan yang luas di dalam ladang getah. Kawasan ini sedang dalam proses pembangunan yang dilakukan oleh agensi dan pemimpin setempat.
 
Untuk panduan ke sana boleh dapatkan melalui internet.
 

No comments:

Post a Comment