Sunday 5 November 2023

KEHIDUPAN YAHUDI DI BAWAH EMPAYAR UTHMANIYYAH

 
Menjelang abad ke-19, ketika ideologi Zionisme mula tersebar di kalangan segelintir orang-orang Yahudi yang bernaung di bawah Empayar Uthmaniyyah, perkara ini dilihat sebagai berbezaan yang tidak sama dengan apa yang mereka (Yahudi naungan Uthmaniyyah) terima berbanding saudara sebangsa mereka di Eropah.
 
Dalam buku “Late Ottoman Palestine: The Period of Young Turk Rule”, sejarawan Eyal Geno dan Yuval Ben-Bassat menyatakan bahawa bagi Yahudi Uthmaniyyah ketika itu, penubuhan “Zionisme adalah berbentuk nasionalisme budaya, identiti yang muncul itu tidak mengurangkan kesetiaan mereka terhadap Empayar Uthmaniyyah dan yang tidak memerlukan mereka untuk bepindah ke tanah yang jauh dari Palestin milik Uthmaniyah.”
 
Ideologi Zionis Yahudi Eropah muncul daripada konteks penjajahan global Eropah. Mereka berpendapat sekiranya peneroka Eropah dapat melakukan pembersihan etnik kaum asal Amerika dan Australia demi mewujudkan negara baharu, mengapa tidak orang Yahudi Eropah?
 
Empayar Uthmaniyyah telah menghantar kapal untuk membantu orang Yahudi yang melarikan diri dari pemerintahan Sepanyol yang telah menghalau mereka dari Semenanjung Iberia pada tahun 1492.
 
Bagi ramai orang Yahudi Uthmaniyyah, menjadi sebahagian rakyat di bawah naungan Empayar Uthmaniyyah telah membela nasib mereka dan diberi hak untuk naik ke kedudukan yang terkenal empayar itu untuk sekian lamanya. Perkara ini berbeza pula bagi orang-orang Yahudi Eropah .
 
Ketika Herzl bertemu secara bersemuka dengan Sultan Abdul Hamid II pada tahun 1901, dia telah mencadangkan agar syarikat-syarikat Yahudi dapat mendirikan perusahaan di Istanbul dan menyalurkan pelaburan, pada waktu yang sama dapat menyelesaikan hutang Empayar Uthmaniyyah daripada kekuatan Eropah.
 
Sebagai balasan, kerajaan Turki Uthmaniyyah akan memberikan beberapa tanah di Palestin dan memberi otonomi bagi membolehkan orang Yahudi untuk membina penempatan dan memerintah tanah tersebut.
 
Cadagan dan idea Herzl adalah salah satu cara untuk memerdekakan Yahudi Eropah, namun bagi Sultan Abdul Hamid II, beliau lebih cenderung menyelasaikan hutang luar yang terkumpul di bawah pemerintahannya.
 
Walaupun keadaan ekonomi yang begitu meruncing beliau tetap berpendapat bahawa cadangan Herzl itu tidak akan digunakan demi membiarkan penjajahan Zionis terhadap Palestin.
 
Penghijrahan bangsa Yahudi Eropah ke Palestin, yang sedikit pada ketika itu, tetap menyebabkan ketegangan di kalangan penduduk asli Palestin.
 
Akhirnya campur tangan Britain mengubah segalanya, setelah habis berjuang, Uthmaniyyah hanya mampu untuk mempertahankan kekuasaanya di Balkan, pada masa yang sama pergolakan politik dalaman sedang meruncing yang akhirnya melemahkan empayar yang pernah menguasai dunia.
 
Peristiwa penghijrahan orang-orang Yahudi Eropah pernah dibincangkan dalam parlimen Uthmaniyyah di mana ahli parlimen yang bernama Nissim Matzliah yang berbangsa Yahudi menyatakan “Zionisme memang berbahaya bagi empayar ini, kesetiaan saya terletak pada empayar.”
 
Empayar Uthmaniyyah berpendapat fahaman Zionisme Eropah dan cita-cita mereka adalah usaha menjajah demi mengukir sebuah negara haram telah terbukti pada hari ini.
 
Dalam laporan terperinci ke Istanbul daripada Duta Besar Uthmaniyyah ke Berlin, Ahmet Tewfik Pasha, menulis, “kita tidak boleh memandang Zionisme sebagai satu ilusi”  tujuan penubuhan organisasi itu menurut beliau tidak lain adalah bagi “membentuk Negara Yahudi yang besar di Palestin, juga akan tersebar yang bakal berkembang negara tetangga Palestin.”
 
Dalam memoir Sultan Abdul Hamid II mengatakan bahawa Herzl telah berusaha untuk menipu Uthmaniyyah mengenai niat utama mereka atas tanah tersebut (Palestin). Kecurigaan Uthmaniyyah kemudian dibuktikan ketika mana Herzl gagal memujuk Sultan Abdul Hamid II di Istanbul, menyedari hal itu, akhirnya Zionis bersekutu dengan Inggeris maka terbinalah negara haram Israel pada hari ini.

No comments:

Post a Comment