Thursday 9 November 2023

Projek tanaman fertigasi lada solok

 
Majlis Belia Jajahan Gua Musang dengan kerjasama Jabatan Pertanian Gua Musang menjalankan projek tanaman fertigasi lada solok.
 
Sebanyak 500 anak pokok yang telah ditanam sebagai permulaan. Diharapkan projek ini menjadi pemangkin kepada lebih banyak belia di jajahan berkenaan menceburi bidang pertanian.
 
Usaha pertanian mampu membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada golongan belia, yang jika dilakukan dengan skala besar mampu memberi pulangan pendapatan yang lumayan
 
Permintaan terhadap lada solok sentiasa tinggi, terutama pada bulan Ramadan. Lada solok digunakan untuk membuat solok dan juga dijadikan perisa atau ramuan dalam pelbagai jenis masakan. Ia menjadi pilihan kerana rasanya tidak terlalu pedas.

No comments:

Post a Comment