Wajib bohong demi jaga maslahat. Itu tajuk
berita kenyataan pemimpin yang dianggap “alim” dan “warak” di kalangan
pengikutnya. Kalau yang alim dan warak sudah nyatakan sedemikian, yang lain pun
akan mengikutnya.
Sebelum PRU Ke-14 (PRU14) pada 2018, telah
tersebar satu audio suara Nik Abduh Nik Aziz dalam satu pertemuan tertutup, di
mana Nik Abduh mengaku PAS ambil duit UMNO.
Dalam rakaman audio tu juga Nik Abduh
memetik beberapa nama pemimpin PAS lain yang ambil duit UMNO, ternasuklah nama
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang.
Namun oleh sebab sudah dekat dengan PRU14, Abdul
Hadi telah memberi restu kepada Nik Abduh untuk berbohong, dan menafikan audio
itu suaranya.
Nik Abduh tanpa rasa sedikit berdosa, terus
berbohong kepada seluruh rakyat Malaysia, menafikan suara dalam audio tu adalah
suaranya.
Nik Abduh tulis di laman Facebooknya: "Dakwaan
rakaman ucapan saya itu adalah karut, mengarut dan fitnah ke atas diri saya dan
PAS yang sejahtera daripada terlibat dalam perkara yang diharamkan termasuk memakan
rasuah politik UMNO atau membuntut ekor DAP.
"Ia hanya sampah yang tak layak
dimakan kecuali pelahap fitnah seperti PAN (Parti Amanah Negara) dan sekutunya.
Saya menafikan sekeras-kerasnya,"
Selepas PRU14, setelah tersepit akhirnya Nik
Abduh mengaku tu suara dia, mengaku dapat restu Abdul Hadi, mengaku berbohong
demi parti, bahkan dia mengaku pemimpin-pemimpin tertinggi PAS yang minta dia
berbohong.
Namun tiada sedikit pun keinsafan di hati
ulama PAS ini. Sudahlah berbohong, sanggup pula menegakkan pembohongan dengan
kalimah agama bahkan berbangga dengan pembohongan itu pula seolah-olah
berbohong itu dianggap berjuang Islam.
Pembohongan PAS ini menjadi bukti kebenaran
kata-kata Nabi, mengenai tiga kelompok yang paling awal masuk neraka, iaitu
kelompok ulama jahat.
No comments:
Post a Comment