Cara tidur mempengaruhi kualiti tidur. Tidur
yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru kiri lebih
kecil daripada paru kanan.
Keadaan tersebut menyebabkan jantung
menanggung benda yang lebih ringan. Hati juga akan dalam kedudukan tetap stabil
dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini
memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Rasulullah juga pernah tidur terlentang
dengan cara meletakkan satu kaki di atas kaki yang lain. Maksud hadis
"Daripada Abbad bi Tamim, daripada bapa saudaranya, bahawasanya Rasulullah
SAW tidur terlentang di Masjid sambil meletakkan satu kaki di atas yang
lain." (Hadis diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim).
Tidur dengan menirap di atas perutnya selepas
tempoh yang tertentu akan merasai kesusahan untuk bernafas kerana beratnya
gumpalan belakang badan yang besar yang menghalang dada daripada meregang dan
mengecut ketika menghembus dan menyedut nafas.
Kedudukan seperti ini juga menyebabkan
kesukaran pernafasan yang boleh mengganggu jantung dan otak.
Abu Umamah berkata: Nabi SAW lalu dekat
seorang lelaki yang tidur meniarap di masjid. Lalu baginda memukulnya dengan
kakinya dan bersabda: “Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini
adalah cara tidur ahli neraka jahannam.” (Riwayat Ibnu Majah).
Pengkaji dari Australia menjelaskan berlaku
peningkatan kematian kanak-kanak kepada tiga kali ganda apabila mereka tidur
meniarap dibandingkan jika mereka tidur di lambung kanan atau kiri. Kajian di
Britain telah menunjukkan peningkatan kadar kematian mengejut kanak-kanak yang
tidur meniarap.
Manakala tidur menelentang akan menyebabkan
pernafasan dengan mulut kerana mulut akan terbuka ketika menelentang disebabkan
meregangnya rahang bawah. Sepatut dan seeloknya hidung yang bernafas kerana ia
terdapat bulu-bulu dan hingus yang menyaring udara yang masuk dan banyaknya
saluran darah yang disediakan untuk memanaskan udara.
Bernafas dengan mulut lebih menyebabkan
seseorang itu terkena selsema di musim sejuk dan juga menyebabkan keringnya
gusi yang akhirnya menyebabkan radang.
Tidur mengiring ke kiri pun tidak elok kerana
jantung ketika itu dihimpit oleh paru-paru kanan yang mana ia lebih besar dari
paru-paru kiri. Ini akan memberi kesan pada tugas jantung dan mengurangkan
kecergasan jantung lebih-lebih lagi kepada orang yang sudah tua. Seperti mana
perut yang penuh ketika itu akan menekan jantung.
Perbandingan di antara tidur mengiring ke
kanan dan tidur mengiring ke ke kiri. Kajian menunjukkan bahawa makanan yang
lalu daripada perut kepada usus berlangsung di antara 2.5 hingga 4.5 jam
apabila orang yang tidur mengiring ke kanan. Manakala orang yang tidur
mengiring ke kiri memerlukan masa di antara 5 hingga 8 jam bagi proses yang
sama.
No comments:
Post a Comment