Ikan
sepat ronggeng (Trichopodus trichopterus) adalah salah satu spesies ikan
sepat (Trichogaster spp), sejenis ikan air tawar dari keluarga Osphronomidae yang
terdapat di Malaysia dan beberapa negara tropika lain di seluruh dunia.
Ikan
sepat ronggeng juga dikenali dengan beberapa nama lain seperti ikan sepat padi
dan ikan sepat rawa.
Ikan
sepat ronggeng paling banyak didapati di Malaysia berbanding tiga lagi
spesies ikan sepat. Tiga lagi spesies ikan sepat ialah ikan siam (Trichogaster
pectoralis), sepat mutiara (Trogaster leerii) dan sepat kecil (Trichogaster
microlepis).
Ikan
sepat ronggeng tidak mempunyai banyak perbeza dengan spesies-spesies lain kecuali
perbezaan dalam segi warna badan dan sedikit perbezaan dari segi bentuk. Daripada
segi lain hampir tidak ada perbezaan, terutama sifat dan habitatnya.
Struktur
dalaman organ ikan sepat seperti juga jenis ikan haruan dan ikan puyu yang mempunyai
labyrinth di ruang insangnya yang membolehkan ikan ini hidup walaupun di
kawasan air yang kurang oksigen.
Sebab
itu, ikan sepat boleh hidup di persekitaran agak keruh dan ‘mencabar’ seperti
di sawah yang dilakukan kerja pembajakan tanah, penggunaan racun dan air sawah
dikeringkan pada setiap musim.
Dalam
habitat semula jadi selalunya ikan sepat akan makan lumut, tumbuhan air dan
anak-anak ikan kecil yang boleh dimasukkan ke dalam mulutnya yang kecil.
Ikan
betina akan bertelur di bawah buih-buih putih di permukaan air yang tenang di
mana ikan sepat jantan akan menjaga telur-telur tersebut sambil
mempersenyawakannya. Sepat ronggeng bertelur antara 700 hingga 800 biji telur.
Setelah
menetas lazimnya anak ikan sepat akan diasuh oleh sepat jantan sehingga anak
ikan tersebut mampu mencari makan sendiri. Berat purata ikan sepat ronggeng dewasa sekitar
50–100 gram.
Ikan
ini hidup secara berkumpulan dan akan timbul di permukaan air untuk menyedut
udara dan jika lokasi ikan sepat sangat padat maka akan banyak kelihatan ikan
dari permukaan air.
Cara
terbaik membezakan antara ikan jantan dan betina sepat ronggeng adalah melalui ridip
ekor. Pada ikan jantan, ridip ekor panjang tajam and ridip dubur runcing,
sementara ikan betina pended dan dompok. Bagaimanapun, sesetengah ikan betina
memiliki ridip belakang sepanjang ikan jantan.
Walaupun ikan sepat tahan di lubuk yang kurang oksigen akan tetapi ikan ini mudah terkesan
serta cepat mati apabila berada di luar air.
Kata ada paru paru
ReplyDeleteSalam
ReplyDelete