Membaca
dan menulis mempunyai hubungan amat rapat. Kita dapat membaca jika ada apa yang
ditulis. Manakala orang akan terus menulis jika ada orang ingin
membacanya.
Hasil
penulisan melahirkan buku, akhbar, majalah dan terkini dalam bentuk maya
seperti blog, laman sesawang dan sebagainya. Semua itu menjurus kepada
merealiasikan konsep ‘iqra’ dalam kehidupan.
Penulisan
satu kaedah manusia untuk merakam, mendokumentasi dan memberi maklumat kepada orang
lain.
Kita
banyak mendapat maklumat mengenai masyarakat duhulu melalui tinggalan penulisan
di dinding gua, kawasan perkuburan, binaan, tembikar dan batu.
Apabila
kertas dan dakwat mula dicipta, penulisan menjadi lebih mudah dan lebih banyak
rakaman sejarah dapat disimpan.
Ann
Quindlen, seorang pengarang terkenal Amerika Syarikat dalam bukunya How Reading
Changing My-Life (1998) menulis: “Saya percaya membaca pelbagai karya orang
luar akan mengajar kita untuk mengetahui, menghayati dan mentafsir pengalaman
orang lain dan hal ini menjadikan saya menemui mutiara-mutiara baru dalam
kehidupan saya”.
Sememangnya
membaca dapat membawa seseorang kepada dunia kehidupan lebih luas. Kita dapat
menyelami ungkapan dialog, kekayaan imaginasi, luapan emosi dan gelora
kreativiti yang digarapkan penulis.
Kita
dapat berkongsi maklumat dan pengalaman dalam masa singkat, biarpun sebenarnya
himpunan maklumat dalam buku itu mengisahkan tempoh masa yang panjang atau masa
untuk menulisnya agak lama. Itulah kehebatan membaca.
Ini
bermakna mudahnya untuk kita mendapat sesuatu melalui pembacaan, sedangkan
pengarang buku itu telah berkorban masa, tenaga dan wang untuk menyiapkan buku
itu.
Bahkan,
kita dapat membaca kisah sukar ketika peperangan atau keadaan tidak selamat
yang mana penulis sendiri berdepan suasana antara hidup dan mati.
Dengan
kata lain, menerusi buku dan pembacaan manusia dalam mengalami sesuatu
peristiwa dan pengalaman tanpa perlu melalui situasi sebenar. Jika ia berkaitan
ilmu atau penemuan baru, pembaca mendapat 'barang siap' tanpa perlu melakukan
ujikaji mengenai sesuatu perkara dengan hanya membaca.
Ilmu
pengetahuan amat penting dalam kehidupan manusia terutamanya ketika semua pihak
sedang bersaing untuk mencari ilmu yang berkualiti bagi pembangunan dan
kemajuan sesuatu bangsa.
Masyarakat
membaca mencapai kejayaan dalam apa juga bidang diterokoi. Ilmu yang diperoleh
melalui pembacaan membolehkan mereka mengaplikasikan untuk kejayaan.
Bagi
mereka yang masih di bangku sekolah atau pusat pengajian tinggi, bersemuka
dengan guru dan pensyarah adalah kaedah untuk menuntut ilmu.
Namun,
bagi orang ramai, peluang terbuka luas untuk menuntut ilmu ialah melalui
pembacaan. Sesiapa yang membaca bermakna secara berteruskan berada dalam
proses menuntut ilmu.
No comments:
Post a Comment