Sunday 10 June 2018

BENARKAH WUJUD HAK ASASI UNTUK MANUSIA

Hak asasi manusia yang diperjuangan sesetengah pihak satu ilusi. Biarpun manusia ada hak dalam sesuatu perkara atau keadaan, namun ia bukan satu yang mutlak. Bagaimana manusia boleh mengaku tentang kebebasan hak, sedangkan dirinya sendiri adalah hamba kepada Maha Pencipta iaitu Allah SWT.

Firman Allah SWT yang “Dan tidaklah Aku ciptakan jin dan manusia kecuali hanya untuk beribadah kepada-Ku.” (Surah Ad-Dzariyyat, ayat 56)

Dengan kata lain, manusia dicipatkan dengan batasan dan had yang mana mereka perlu patuh kepada rukun hidup yang telah ditetapkan. Justeru, sebarang kebabasan yang diberikan adalah berada dalam lingkungan had yang ditetapkan. Contohnya, manusia berikan bebebasan berpakaian mengikut citarasa atau fesyen dikehendaki. Namun, batasannya ialah pakaian itu mesti menutup aurat ketika berada di khalayak atau ada mata lain yang memandang.

Tindakan mendedah aurat di hadapan orang ramai sebenarnya melanggar hak orang lain yang terpaksa menanggung dosa terpandang atau memandang aurat. Orang lain berdepan perasaan bersalah dan terganggu dengan perbuatan orang mendedahkan aurat. 

Kita tidak boleh menggunakan hak kebebasan jika ia turut melibatkan hak orang lain. Seperti perokok, mereka tidak boleh mengatakan itu hak mereka kerana bahayanya ditanggung oleh mereka sendiri. Sedangkan hakikatnya asap rokok yang dihembus itu turut membahayakan kesihatan orang lain. Bau rokok juga tidak menyenangkan dan puting serta habuk rokok mencemarkan persekitaran.

Maka itu, kita hanya berhak bercakap mengenai hak kebebasan mutlak jika hidup jauh daripada manusia lain. Buatlah apa saja, anda tidak akan dipersalahkan. Tetapi, jika anda hidup dalam masyarakat, maka ikutlah peraturan yang telah ditetapkan atau melakukan apa yang diterima umum sebagai satu budaya dalam masyarakat.

Pun begitu, kita tetap tidak boleh melanggar hak Allah SWT. Kita sebagai hamba mesti mematuhi apa ditetapkan Allah SWT. 

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan al-Hakim: “Sesungguhnya Allah telah meletakkan had tertentu (dalam kehidupan kita), maka jangan kamu cerobohinya, dan telah mewajibkan beberapa kewajipan dan jangan kamu sesekali mengabaikannya dan telah mengharamkan beberapa perkara dan jangan kamu langgarinya.”

Keangkuhan manusia berbicara terhadap hak asasi manusia memperlihatkan sikap kurang ajar dan tidak menghormati orang lain. Mereka menganggap apa saja yang ingin dilakukan tidak boleh disekat atas dasar hak kebebasan manusia. 

Di negara kita, bukan Islam semakin berani membuat tuntutan melampau disebabkan merasa akan mendapat sokongan daripada orang Islam sendiri termasuk di kalangan pemimpin parti yang ingin mendapat undi bukan Islam. Ia berdasar tahaluf syasi yang nyata lebih merugikan orang Islam.

Terbaru ialah tuntutan-tuntutan yang dibuat oleh Gabungan NGO-NGO Hak Asasi Manusia (Comango) kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dianggap tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan.

Tindakan Comango itu sengaja menimbulkan kekeliruan seolah-olah Malaysia adalah sebuah negara sekular yang meletakkan semua agama sama rata.

Antara tuntutan yang dikemukakan Comango adalah hak kebebasan orientasi seks, lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT), hak kebebasan murtad bagi orang Islam dan hak kesamarataan agama di negara ini.

Comango turut mempersoalkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah SWT oleh penganut Kristian, larangan terhadap penganut ajaran Syiah dan hak seorang bapa beragama Islam untuk mengislamkan anak-anak di bawah umur.

Comango juga menuntut untuk menghapuskan seksyen 377A Kanun Kesiksaan berhubung jenayah liwat. Kesan daripada pemansuhan seksyen ini nanti akan mendorong mereka menuntut supaya mengiktiraf perkahwinan sejenis kerana liwat tidak lagi dianggap sebagai jenayah dengan pemansuhan seksyen 377A tersebut.

Selanjutnya ia akan membuka ruang kepada pengenalan undang-undang perkahwinan sesama jenis yang setakat ini telah dibenarkan di 14 buah negara seluruh dunia.  

Orang Islam mesti berhati-hati berkerjasama dengan bukan Islam yang mempergunakan kita untuk kepentingan mereka. Mereka akan mendakwa bahawa orang Islam juga menyokong apa yang mereka perjuangkan. Mereka akan berusaha habis-habisan sehingga berjaya menarik orang Islam kepada mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud: “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak sekali-kali akan bersetuju atau suka kepadamu (wahai Muhammad) sehingga engkau menurut agama mereka (yang telah terpesong itu).” (Surah al-Baqarah, ayat 120)

No comments:

Post a Comment