Friday 25 October 2019

HARI KE BERAPA DIBERIKAN NAMA BAYI


Kehadiran cahaya mata baharu dalam keluarga pastinya satu detik paling menggembirakan. Pelbagai keperluan disediakan dengan rapi agar semua berjalan lancar.

Satu lagi yang menjadi perkara penting ialah menamakan anak. Ada pasangan yang telah ada nama anda sejak disahkan mengandung.

Namun, ada juga pasangan yang masih kabur nama yang ingin diberikan kepada anak.

Persoalannya, bilakah masa sesuai patut diberikan nama kepada anak?

Ada pendapat mengatakan anak patut dinamakan sebaik selepas kelahirannya berdasarkan kepada riwayat mengatakan Rasulullah SAW menamakan anak Abu Usaid pada hari kelahiran bayi itu.

Pendapat lain pula mengatakan nama bayi perlu diberikan pada hari ketujuh selepas kelahirannya.

Pendapat ini berdasarkan kepada hadis yang menyebut setiap anak bergantung kepada akikahnya, disembelihkan untuknya pada hari ketujuh kelahirannnya dan dinamakan serta dicukurkan kepalanya. 

No comments:

Post a Comment