Tuesday 3 December 2019

POKOK KUBAL TUMBUH MENJALAR

Buah kubal merupakan sejenis buah hutan yang tumbuh menjalar di atas pokok-pokok. Kulit buah kubal atau juga dikenali kubal madu ketika belum masak berwarna hijau dan apabila masak berwarna oren atau kuning. 

Nama lain bagi buah kubal ialah buah serapit dan buah latung. Ia berasal dari Borneo. 

Rasanya masam-manis tapi banyak getah pada bahagian kulit. Getah itu jika terkena isi akan menyebabkan rasa kurang sedap.

Buah ini jarang-jarang kerana ianya amat sukar untuk djumpai. Kalau ada pun ia menjalar tinggi di atas pokok dan sukar untuk dipetik.

Pokok kubal tumbuh menjalar dan memerlukan pokok tumpangan yang tinggi bagi pokok ini membina kanopinya sendiri. 

Pokok kubal berbuah secara bermusim dan biasanya sama dengan musim buah-buahan lain.

No comments:

Post a Comment