Saturday 7 March 2020

JAGA FAKTA BUKAN SEMASA JADI MENTERI SAHAJA


Seorang bekas menteri Pakatan Harapan (PH) mengatakan kini dirinya bebas berceramah tanpa protokol seperti dahulu.

“Tuan-tuan sekalian, saya tidak bercakap macam ini lama dah...ramai orang kata bang Mat berucap dah tak sedap..Memang la.. Menteri nak berucap macam mana.. kena jaga fakta semua..haaa, sekarang bermulalah serangan kami.", kata bekas menteri berkenaan.

Persoalannya, adakah ketika menjadi menteri sahaja kena bercakap berfakta? Hakikatnya, tidak kira siapa pun kita, setiap patah perkataan yang diucapkan mesti berfakta atau bersumberkan kepada perkara yang benar.

Kenyataan bekas menteri itu seakan-akan mengatakan bahawa untuk berucap sedap 'mesti' ikut cakap. Tidak perlu jaga fakta dan ikut suka hati sahaja.

Ingatlah... sesiapa bercakap ikut suka hati nak cakap dan tidak berfakta, aitu namanya fitnah. Sikap beginilah punca mengapa cakap orang politik merapu dan tidak berasas.

Diingatkan kepada orang politik, bercakaplah dengan fakta. Bercakaplah dengan rasa bertanggungjawab bahawa setiap patah perkataan yang diucapkan akan dihisap di akhirat kelak.

Allah turut menjelaskan betapa buruknya perbuatan mengumpat dan fitnah itu.  Firman allah bermaksud: "Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka makan daging saudaranya yang telah mati?" (Surah al-Hujurat, ayat 12)

Dalam al-Quran, Allah berfirman, "Dan ingatlah (angkara) fitnah itu lebih besar bahayanya daripada membunuh." (Surah al-Baqarah, ayat 191).

Gambar sekadar hiasan.



No comments:

Post a Comment