Sunday 1 March 2020

UNTUNG BESAR MENTERNAK LEMBU


Semakin ramai yang berminat menjadi penternak lembu secara sambilan. Mereka yang tinggal di kampung atau ada kawasan yang sesuai untuk menternak lembu sebagai usaha sambilan tidak melepaskan peluang mendapat keuntungan melalui aktiviti itu.

Antara keuntungan 'besar' penternak lembu adalah apabila mendapat anak. Harga anak lembu baka luar negara boleh mencecah harga RM1000 sehingga RM3000 setelah berusia sebulan.

Keuntungan memang lumayan. Lembu bunting selama 280 hari atau lebih kurang usia kandungan mansusia. Ambil kira mudah, setiap ibu lembu akan melahirkan seekor anak dalam setiap setahun atau 12 bulan. Jika anak lembu dijual dengan harga RM1200 seekor, bermakna sepanjang anak beranak di dalam kandungan ibunya, ia telah menyumbang sebanyak RM100 sebulan kepada tuannya.

Sepanjang berada di dalam kandungan, penternak lembu pada hakikatnya hanya menjaga ibu lembu, tetapi untung telah dapat. Memang menguntungkan.

Anak lembu baka luar negara yang berusia setahun ada yang harganya mencecah sehingga RM7,000 dan lebih. Jadi, penternak biasanya akan terus memelihara anak lembu sehingga harga yang sesuai untuk dilepaskan.

Memelihara lembu di dalam kandang tidak sukar. Apa yang penting memberi makanan secukupnya dan jaga kebersihan kandang agar lembu sentiasa sihat dan membesar dengan baik.

Makanan yang diberikan sama ada dedak ternakan, rumbut yang disabit ataupun campuran antara kedua-duanya.

Kepada mereka yang tinggal di kampung atau yang mempunyai ruang untuk menternak lembu, jangan lepaskan peluang mendapat keuntungan dari aktiviti menternak lembu. Ada penternak bergelar jutawan dengan menternak lembau. Kayalah.....


No comments:

Post a Comment