Wednesday 27 January 2021

KHASIAT HALIA HITAM

Biasanya kita dengar mengenai khasiat kunyit hitam. Ini pula mengenai khasiat halia hitam. Kajian sains mendapati halia hitam atau nama saintifiknya Kaempferia parviflora dari keluarga Zingiberaceae kaya dengan Bioflavonoids dan Methoxyflavone (5-7) yang tiada pada tumbuhan lain.

Kandungan bahan aktif kedua-dua bahan itu ialah sebanyak 2.26 peratus yang mana melebihi kadar minima yang diperlukan oleh tubuh iaitu 1.26 peratus.

Ia juga mengandungi antioxidan yang tinggi bagi membantu menyahkan radikal bebas atau toksid dalam badan dan seterusnya mencegah atau melawan pelbagai penyakit.

Amalan pemakanan halia hitam ini akan melancarkan sistem pengaliran darah ke semua saraf dan menyebabkan kadar oksigen dalam tubuh semakin tinggi.

Iannya menyebabkan hormon dan tekanan darah menjadi stabil dan pertumbuhan sel kanser menjadi terencat.

Sistem ketahanan badan menjadi semakin kuat daripada sebarang risiko ancaman pelbagai penyakit lain dan juga elemen penting dalam proses penyembuhan atau pengawalan.

Selain itu, ianya mampu meningkatkan kesihatan tulang dan mencegah risiko ostopeorosis, serta tahap libido iaitu keinginan seksual meningkat.

Masyarakat zaman dahulu mengamalnya untuk merawat dan mencegah pelbagai penyakit. Antaranya penyakit kanser, diabetes, kolestrol, tiroid, sinus, darah tinggi, jantung, asma, strok, gout, gastrik, lemah tenaga batin, alzheimer, migrain dan lain-lain lagi.



No comments:

Post a Comment