Monday 1 February 2021

KHASIAT IKAN KELAH UNTUK KESIHATAN

Ikan kelah adalah ikan jenis kap dalam keluarga Cyprinidae yang bersisik besar. Ikan kelah antara jenis ikan yang terdapat di sungai-sungai di negara kita selain ikan patin, baung, sebarau, toman, lampan, baung, kaloi, tapah dan sebagainya.

Ikah kelah mendiami di sungai serta tasik yang berbatu-batan untuk membiak. Serupa dengan jenis ikan kap yang lain, mereka merupakan omnivor dan makan bukan sahaja lumut dan hidupan kecil yang biasa dimakan kebanyakan jenis ikan, tetapi juga ikan yang lain dan juga buah-buahan yang jatuh daripada pokok-pokok di atas.

Sebab itu, antara jenis umpan untuk memancing ikan kelah menggunakan buah-buahan, termasuk buah kelapa sawit. Ikan kelah boleh membesar sehingga beratnya mencecah 20 kilogram.

Ikan kelah mempunyai nilai tinggi di pasaran. Tidak hairanlah jika ia menjadi buruan kaki pancing sama ada untuk dijual atau dijadikan juadah bagi golongan yang mampu menikmati sajian mewah ini.

Mana tidaknya, seekor ikan kelah liar dijual sebanyak RM250 hingga RM350 sekilogram atau puratanya RM1,000 seekor.

Ikan kelah terdapat banyak spesis. Namun, yang banyak terdapat di negara kita ada jenis kelah merah bara, kelah biru dan kelah emas.

Kelah biru mencatatkan harga termahal kerana ia memiliki warna yang menarik berbanding kelah lain.

Jika kelah biru liar bersaiz kecil iaitu kurang daripada dua kilogram, ia dijual sebanyak RM250 sekilogram.

Namun kalau ia besar iaitu boleh mencapai lebih tiga kilogram, harganya akan meningkat kepada RM350 sekilogram iaitu RM1,400 seekor.

Harga yang ditetapkan berbeza mengikut sukatan kerana ikan yang memiliki berat lebih dua kilogram, dikatakan mempunyai tekstur yang enak dan berlemak.

Kebiasaannya kelah biru mempunyai purata berat tidak lebih empat kilogram manakala kelah merah bara dewasa boleh mencapai sehingga empat kali ganda berat kelah biru.

Walaupun kelah biru boleh mencapai sehingga usia 20 tahun, namun tumbesaran kelah biru agak perlahan jika dibandingkan dengan kelah merah bara.

Selain hidup di habitat asal di sungai dan tasik, ikan kelah juga sesuai dijadikan ikan hiasan dipelihara dalam akuarium. 

Ada penjual benih atau anak ikan kelah dengan harga ditetapkan mengikut saiz iaitu RM35 bagi empat inci kelah manakala RM300 seekor bagi kelah berukuran 10 inci.

Mereka yang berminat memelihara ikan hiasan dalam akuarium digalakkan memilih ikan kelah kerana tidak memerlukan penjagaan yang khusus. Pemakanan kelah tidak sukar. Mudah digunakan makanan berasaskan buah seperti jagung dan labu.

Selain rasa sedap, ikan kelah kini menjadi buruan kerana mempunyai nilai perubatan yang tinggi.

Ikan kelah bukan sahaja mahal harganya bahkan turut mempunyai nilai perubatan, kandungan kolagen yang tinggi dan kulitnya boleh dijadikan tampalan untuk penghidap kencing manis.

Penghidap kencing manis yang mengalami masalah luka, atau gangren, yang susah hendak sembuh boleh diusahakan menggunakan kulit ikan kelah sebagai tampalan. Ia lebih baik dan berkesan berbanding menggunakan tampalan kulit manusia sendiri.

Dipercayai sisik ikan kelah menghasilkan kolagen yang terbaik, dan tulang serta isinya boleh meningkatkan rangsangan seks, lebih dari viagra. 

No comments:

Post a Comment