Tuesday 17 May 2022

BEBAN TUGAS GURU HALANG TUGAS HAKIKI

 
Beban tugas antara yang menghalang kesempurnaan tugas guru. Manusia tidak mampu untuk melakukan semua tugas yang diserahkan jika terlalu banyak dan di luar batasan keupayaan dari segi masa, kepakaran dan peluang untuk melakukan.   

Sekarang ini didapati tugas guru tidak hanya semata-mata mengajar di dalam kelas. Mereka juga terlibat dengan tugas pentadbiran dan pengkeranian.

Guru turut dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas kemasyarakatan, menghadiri kursus dan sebagainya. Hal ini menyebabkan tumpuan guru dalam melakukan tugas mengajar tidak dapat diberikan sepenuhnya. 

Ada guru yang menginggalkan kelas semata-mata ada komitmen lain. Kalau guru tidak berpeluang sepenuhnya bersama dengan pelajar, tentu sekali proses pembelajaran dan dakwah akan terganggu. 

Sudahlah masa yang diperuntukkan untuk seseorang guru mengajar agak terhad. Maka semakin kuranglah guru dapat melaksanakan tugas hakikinya iaitu mengajar.

Untuk mengatasi msalah ini, pihak pentadbiran sekolah dan Kementerian Pelajaran perlu merangka pembahagian tugas yang lebih memberi peluang untuk guru melaksanakan tugas hakiki secara teratur. 

No comments:

Post a Comment