Saturday 21 May 2022

BACAAN TEKANAN DARAH NORMAL

 
Bagi individu yang sihat dan tidak mempunyai apa-apa masalah kesihatan, bacaan normal bagi tekanan darah bagi semua usia ialah kurang dari 120 untuk tekanan sistolik dan kurang 80 untuk tekanan diastolik (<120/80 mmHg).

Jika tekanan darah kurang daripada 90 untuk tekanan sistolik dan kurang dari 60 untuk tekanan diastolik, ini menunjukkan tekanan darah anda dalam lingkungan hipotensi (<90/60mmHg).

Jikalau tekanan darah lebih daripada 130 bagi tekanan sistolik dan lebih daripada 90 untuk tekanan diastolik (>130/90mmHg), ini menunjukkan bahawa anda mempunyai penyakit hipertensi.

Terdapat 3 tahap keparahan untuk hipertensi berdasarkan bacaan tekanan darah yang diambil. 

Bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi dalam sejarah keluarga, adalah lebih baik untuk sentiasa berhati-hati dalam menjaga kesihatan apabila mencapai peringkat usia.

Cara pemakanan yang sihat dan kekerapan bersenam adalah salah satu cara bagi mengelakkan masalah penyakit hipertensi. Setiap rawatan untuk penyakit hipertensi, perlu dirawat mengikut peringkat bacaan tekanan darah.

Bagi individu yang mempunyai tekanan darah melebihi 130/90 mmHg, harus mendapatkan rawatan ubat antihipertensi supaya untuk mengelakkan daripada mendapat komplikasi penyakit hipertensi seperti arteroskelorosis, sakit jantung atau strok. 

Oleh:
Dr Sri Viknarajan
MD (Universiti Hassanuddin, Indonesia)

No comments:

Post a Comment