Sayur-sayuran
memang kaya khasiat dan banyak kebaikan mengamalkan makan sayur-sayuran sama
ada dalam bentuk dimasak atau mentah. Baca info menarik dari laman sesawang
Klinik Thaqif.
Membantu
proses menurunkan berat badan
Sayuran hijau adalah semula jadi rendah karbohidrat tetapi kaya dengan serat
yang menjadikan ia lambat untuk dihadamkan. Maka ia akan membantu anda berasa
kenyang untuk tempoh yang lebih lama. Kelebihan utama sayuran hijau adalah ia
sangat rendah kalori yang telah membuktikan bahawa ia sesuai dijadikan menu
untuk membantu proses penurunan berat badan.
Mencantikkan
kulit
Oleh kerana sayuran hijau mengandungi banyak kandungan air, ia membantu badan
untuk kekalkan kelembapan dan ianya menyumbang kepada kecantikan kulit dan
rambut. Antioksidan seperti vitamin C yang terdapat di dalam sayuran hijau juga
membantu tubuh untuk membuat kolagen yang juga membantu mencantikkan kulit dan
rambut selain mengurangkan risiko arthritis. Vitamin E dan vitamin C bergabung
untuk mengekalkan kulit yang sihat walaupun meningkat usia.
Membina
dan memperbaiki tulang
Sesetengah sayuran hijau seperti sayur kailan adalah tinggi dengan kalsium
dapat membantu memastikan gigi dan tulang sentiasa kuat. Ia juga dapat
mengurangkan risiko menghidap osteoporosis. Sayur yang mengandungi kalium juga
mempunyai fungsi yang sama. Untuk mendapatkan tulang yang kuat, badan kita
memerlukan kalsium, vitamin D dan vitamin K yang bekerjasama untuk membina dan
membaiki tulang.
Memastikan
sistem imun kuat
Sayuran hijau seperti bayam, mengandungi beta-karotena yang
membantu melindungi sel daripada rosak, meningkatkan fungsi imun dan melindungi
mata daripada penyakit yang berkaitan usia. Ia juga menyumbang kepada
pertumbuhan dan pembaikan tisu badan.
Menangani
masalah kesihatan
Selain daripada rasa yang sedap dan lazat sayur-sayuran mengandungi komponen
yang boleh membantu menangani masalah kesihatan serta menyediakan hidup yang
lebih sihat. Pengkajian secara mendalam oleh pakar-pakar sains telah
membuktikan kandungan dalam sayur-sayuran telah berjaya
mengatasi masalah seperti kanser, penyakit hati, kencing manis serta darah
tinggi
Kaya
dengan sumber protein dan mineral
Kaya dengan sumber protein dan mineral. Contohnya, sayur bronkoli mengandungi
vitamin C dan serat. Selain kebaikan kepada jantung, bronkoli juga dapat
meningkatkan tahap antioksidan di dalam badan.
Baik untuk kanak-kanak
Baik
untuk kanak-kanak kerana mengandungi probiotik yang merupakan antigen
(pemangkin ketahan badan). Dengan memakan sayur-sayuran, kanak-kanak membesar
dengan sihat tanpa ada masalah kesihatan seperti semput.
Membantu untuk
lebih tenang
Membantu minda dan emosi supaya lebih tenang dan melapangkan fikiran.
Contohnya, daun salad yang mengandungi karotin, serat dan air dapat membantu
melancarkan sistem pernafasan dan mengurangkan rasa dahaga pada badan.
Penawar semula jadi
Menjadi penawar kepada penyakit seperti timun yang mengandungi racun alkaloid.
Timun atau mentimun amat berkesan untuk merawat kanak-kanak yang mengalami
masalah kecacingan. Sayuran ini juga memberi kebaikan khususnya dalam merawat
penyakit batuk.
No comments:
Post a Comment