Friday 3 June 2022

SEGAK MENAWAN BUSANA KELANTAN

 
Kamus Dewan Edisi Keempat mendefinisi busana sebagai pakaian yang lengkap dan indah-indah.

Busana Kelantan bukan sahaja lengkap dan indah, bahkan memperlihatkan nilai seni masyarakat berbilang kaum di Kelantan yang penuh estetika, iaitu cabang falsafah yang mengkaji konsep yang berkaitan dengan keindahan, cita rasa dan lain-lain.

Jadi, busana Kelantan secara langsung menceritakan tentang jati diri dan kekuatan akal budi pemakainya.

Kehadiran individu berbusana tradisi Kelantan memang sering mendapat perhatian pengunjung yang dapat melihat individu berpakaian busuna Melayu mahupun bangsa lain secara langsung.

Semoga lebih banyak mereka yang mencintai busana Kelantan yang terteraskan kepada keutuhan seni, kekuatan jati diri dan cinta bangsa.

No comments:

Post a Comment